Sunday, November 30, 2008

Menganyam & Merebus 2,000 Ketupat

Assalaamu'alaikum/Salam Sejahtera

Tuan/Puan yang dihormati,

Bersempena Hari Raya Korban 1429H ini, Jabatan Perpaduan Daerah Hulu Langat (Rukun Tetangga) akan mengadakan acara Menganyam Ketupat Terbanyak. Sebanyak 122 KRT adalah termasuk di dalam program ini.

Anda semua dipelawa untuk turut serta.

Aturcara:

  1. 3 Dis
    Daun kelapa akan diberikan kepada peserta & menganyam di rumah sendiri

  2. 5 Dis
    Sebelum 12 tengahari
    Tarikh/Masa akhir sarung dihantar kepada AJK Pertandingan

  3. 5 Dis
    Dari 5 petang
    Mengisi beras ke dalam sarung ketupat di Blok ST5

  4. 5 Dis
    Malam
    Merebus sebahagian dari ketupat tersebut di Blok ST5

  5. 6 Dis
    8pagi - 12tengahari
    Merebus ketupat di Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi


  • Anda dipelawa untuk turut serta
  • Hadiah kepada peserta menganyam terbanyak
  • Apa juga jenis ketupat yang anda boleh
  • Rekod akan dicatit di dalam Malaysia Book of Records

Untuk pertanyaan dan borang penyertaan, sila hubungi AJK:

Seri Tanjung:
017.275.1393
013.678.0511



Seri Anggerik & Widuri
017.272.0586
019.618.3374

Anjuran
Jabatan Perpaduan
Daerah Hulu Langat

Majlis Ibadah Qurban 1429H

Surau Seri Tanjung akan mengelolakan ibadah qurban sempena Hari Raya Eidil Adha tahun ini pada 11 Disember 2008, bersamaan dengan 13 Dzulhijjah 1429H.

Tempat
Surau Seri Tanjung, Blok ST6

Tarikh
11 Disember 2008, Khamis

Qurban
1 ekor lembu

Masa
8:00 pagi

Pengagihan
11:30 pagi


Selamat Hari Raya Eidil Adha

Tuesday, October 28, 2008

Rumah Terbuka Perdana 2008 Meriah

Sambutan Rumah Terbuka Perdana Hari Raya Eidul Fitr dan Deepavali 2008 pada Ahad lalu adalah meriah, dengan anggaran pengunjung seramai 600 orang.

 
Walau bagaimanapun, apabila dibandingkan jumlah sebenar penduduk Seri Tanjung, Intana Ria, Seri Anggerik, dan Widuri, angka itu agak menyedihkan.
 
 
Namun upacara berjalan lancar dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr Shafei Abu Bakar, Ahli Majlis Perbandaran Kajang, merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk bagi Zon 21 yang merangkumi Seksyen 7, En. Mohamed Yusoff bin Bachek, dan Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Cik Siti Hawa Hussin.
 
Sedikit ucapan, menjamu selera, dan berkaraoke adalah sajian utama Majlis tersebut.
 

 

YB Dr Shafei sempat untuk memberi ucapan dan merasmikan Majlis sahaja, kerana beliau ada 20 lagi undangan yang perlu dihadiri. Namun begitu, kita di Seri Tanjung amat berbesar hati. Begitulah hidupnya seorang YB.

 

 
Rakaman wajah-wajah warga Pangsapuri Seksyen 7 boleh dinikmati di album kenangan di sini.

Monday, October 27, 2008

Kecurian Motorsikal di Seri Tanjung


Sebuah motorsikal didapati telah dicuri dari bawah blok ST6 malam tadi.

Jenama Yamaha Lagenda berwarna biru, nombor pendaftaran WPW 3476.

Sesiapa yang ada sebarang maklumat atau ternampak motorsikal tersebut, sila hubungi Polis Bandar Baru Bangi +6.03.8925.0282 atau telefon +6.012.200.4800 segera.

Terima kasih.

Wednesday, September 3, 2008

Program Jalinan Kasih

Program Jalinan Kasih
Surau Seri Tanjung

Satu Hamper Satu Keluarga (Nilai rm50)

Berhubung dengan perkara di atas, demi untuk menghubungkan silaturrahim sesama insan, maka dengan sukacitanya program ini dianjurkan kepada semua yang berminat untuk mmenyubangkan derma bagi merealisasikan program ini.

Sumbangan berbentuk wang amat dialu-alukan kerana dapat memudahkan penyelenggaraan hasil.

Sumbangan akan diberikan kepada ibu/bapa tunggal serta anak-anak yatim dan anak istimewa.

Ia diberikan di dalam bentuk hamper.

Kepada semua yang berminat untuk bersama-sama menjayakan program ini, sila hubungi:

Kak Mas / Wak Khalim untuk pertanyaan.

014-263 8313 / 8925 0705

“Bersama Imarahkan Surau”

Tuesday, September 2, 2008

Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung

Seperti kebiasaan, surau dipenuhi jemaah di malam Ramadhan menghayati Tarawih. Diikuti dengan sedikit moreh dan taddarus ringkas.

Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung
Sekitar Malam Ke-2 Ramadhan di Surau Seri Tanjung


Beberapa gambar boleh ditonton di sini.

Sunday, August 31, 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan 2008 Meriah


Kemerdekaan Malaysia yang ke-51 disambut oleh ramai warga Seri Tanjung, Intana Ria, dan juga Seri Anggerik dengan meriah malam tadi di Dataran Seri Tanjung. Berikut beberapa gambar sambutan tersebut. Album boleh dibuka di sini.



Perpaduan Teras Kejayaan.

Wednesday, August 27, 2008

Ceramah Khas Sempena Ramadhan

Ceramah Khas Sempena Ramadhan

Ramadhan & Kemerdekaan
Menurut Islam


Kita Islam sudah merdeka...

Tarikh : 28 Ogos 2008
Tempat : Surau Seri Tanjung
Masa : Selepas Maghrib

Penceramah
Ustaz Ibrahim Mohd, UKM

Forum Bicara Ad-Deen: Sambutan Kemerdekaan 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan 2008
Pangsapuri Seri Tanjung Seksyen 7
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Forum Bicara Ad-Deen
Rakyat Berjiwa Merdeka

Tarikh : 29 Ogos 2008
Tempat : Dataran Seri Tanjung
Masa : 8:30 malam

Ahli-Ahli Panel
Ustaz Mohd Nizam bin Abd Kadir, Pensyarah UIAM
Puan Siti Shamsiah Md Supi, Pegawai Penyelidik IKIM

Anjuran

Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Surau Seri Tanjung
Bandar Baru Bangi

Dengan Kerjasama

Kawasan Rukun Tetangga
Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi

Radio IKIM: IKIM.fm

Semua Dijemput Hadir

Aturcara
8:30 malam
:
Orang ramai mengambil tempat
8:40 malam
:
Ketibaan VIP
8:50 malam
:
Ucapan Pengerusi KRT
9:00 malam
:
Ucapan Perasmian ADUN Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar
9:15 malam
:
Forum Bermula
    Ahli Panel:
    Ustaz Mohd Nidzam bin Abd Kadir, Pensyarah UIAM
    Puan Siti Shamsiah Md Supi, Pegawai Penyelidik IKIM

    Moderator:
    Ustaz Mahathir Shaharuddin, IKIM

10:30 malam
:
Bersurai

Urusetia
Pengerusi
:
Ahmad Baei Jaafar
Pengerusi Bersama
:
Mahadhir Shaharuddin, IKIM
Omar Amri Adnan, PPST
Setiausaha
:
Rosmemi Hj Mohd Sham
Bendahari
:
Riduan Idris
AJK Siaraya : Zainodin Tunggal
AJK Persiapan
:
Mohd Azlan Abd Jalil
En Hashim
En Nasir B Mohd Zuki
AJK Elektrik
:
En. Rosli
AJK Rasmi / Umum : En Hamizan Ishak
AJK Lalu Lintas : En Mazli
En Che Rahman Hamat
AJK Jamuan : Rusdzi Kudip
AJK Keselamatan : Amran Ismail

Penghargaan

ADUN Bangi
YB Dr Shafie Abu Bakar

Lembaga Zakat Selangor

Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Daerah Hulu Langat

Penduduk Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi

Sunday, August 24, 2008

Gotong Royong Surau Seri Tanjung

Pihak Surau Seri Tanjung
mengucapkan
Ramadhan al-Mubarak 1429Hijrah
kepada semua warga Seri Tanjung


Banner Menyambut Ramadhan


Beberapa gambar lagi boleh ditonton di sini.

Saturday, August 23, 2008

Struktur Organisasi Surau Seri Tanjung

Struktur Organisasi
Surau Seri Tanjung
Bandar Baru Bangi
Sessi 2008/09

AJK Surau Sessi 2008/09
Jawatan Nama Tugasan
Pengerusi Md Radhi b. Juhari Penasihat Keseluruhan
Naib Pengerusi Mohd Khalim b. Topandi Penolong Penasihat Keseluruhan
Setiausaha Zainodin b. Tunggal Pengantara & Tugas-Tugas Khas
Bendahari Mohamad Herman b. Zidin Ketua Biro Program & Ilmu
AJK Nor Azman b. Jaapar Ketua Biro Kebajikan
Azlan b. Abd Jalil Penolong Biro Kebajikan
Abdul Hayy b. Hosni Ketua Biro Dakwah
Abu Darda Penolong Biro Dakwah
Adnan b. Suki Penolong Biro Program dan Ilmu
Jamal Nasir b. Hj Wahab Ketua Biro Kebersihan
Mohamad Noor b. Atin Penolong Biro Kebersihan
Dr. Zainal Ariffin b. Omar Ketua Biro Pembangunan
Ariff b. Sabudin Penolong Biro Pembangunan
Saharudin b. Abd Hamid Ketua Biro Khairat
Mohamad Aris b. Mohamad Penolong Biro Khairat
Syuhairu b. Mohamad Biro Penjagaan Hartabenda
Norizan b. Abdullah Biro Penjagaan Hartabenda
Wakil Belia Johari b. Ujang Biro Remaja
Wakil Wanita Pn Mas Reah bte Shafee Biro Muslimah
Pn Nazrah bte Md Naim Penolong Biro Muslimah

 

Pegawai Surau
Imam 1 Mohd Khalim b. Topandi
Imam 2 Md Radhi b. Juhari
Imam 3 Hj Masrul b. Ismail
Imam 4 Mazlan b. Abdul Malik
Imam 5 Mohamad Aris b. Mohamad


Bilal 1 Abu Darda
Bilal 2 Abdul Hayy b. Hosni
Bilal 3 Din


Siak 1 Jamal Nasir b. Hj Wahab
Siak 2 Mohamad Noor b. Atin

Friday, August 22, 2008

Kuliah Maghrib Bulanan

Kuliah Maghrib Bulanan

24 Ogos 2008
22 Sya'aban 1429H

Ustaz Jamhari Md Desa

di Surau Seri Tanjung

Semua Jemaah Dijemput Hadir

Wednesday, August 20, 2008

Yaasin & Do'a Selamat

Yaasin & Do'a Selamat

22 Ogos 2008
20 Sya'aban 1429H
Jumaat malam Sabtu
Selepas Maghrib

di Surau Seri Tanjung

Semua Jemaah Dijemput Hadir




Beberapa lagi gambar boleh ditonton di sini.

Program & Aktiviti Bulan Ramadhan 1429H

Tarikh Hari Aktiviti
24 Ogos Ahad Gotong Royong Perdana Surau dan Menaikkan Banner
28 Ogos Khamis Ceramah Khas Sempena Menjelang Ramadhan al-Mubarak oleh Ustaz Ibrahim dari UKM
31 Ogos Jumaat 1 Ramadhan 1429H

Sembahyang Terawikh bermula

Jemaah digalakkan menyumbang untuk moreh malam pertama

Tadarus bermula dipimpin oleh Ustaz Fatah

Jemaah dialu-alukan dapat bersama-sama untuk bertadarus

Tazkirah dipimpin oleh Ust. Abd. Khalim

1 - 30 September
Giliran Blok membawa moreh masing-masing

Disemak oleh wakil-wakil AJK Surau tempat masing-masing dan dipantau oleh penyelia moreh

Dimulakan dengan ST1 pada hari pertama puasa, malam kedua Tarawikh

Ustaz Jemputan setiap Ahad malam Isnin

Minggu Ke-3, kita ada YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi untuk sama-sama berjemaah

Insya'Allah Majlis Berbuka Puasa setiap hari

Dipantau oleh petugas-petugas khas Surau

20 September Sabtu Majlis Khatam al-Qur'an Taddarus dan Malam Pemberian Saguhati untuk petugas-petugas kita

Dipimpin oleh Pengerusi Surau, Ustaz Radzi

21 - 30 September
Majlis Qiamullail 10 malam terakhir dipimpin oleh Tabligh kita
25 September Khamis Sembahyang Hajat untuk keselamatan Taman, Semasa Memandu, dan balik ke sini dengan selamat.
 
Majlis Terbuka Hari Raya Surau Seri Tanjung

Friday, August 15, 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan 2008

Sambutan Hari Kemerdekaan 2008
Pangsapuri Seri Tanjung Seksyen 7
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan



Tarikh
: 30 Ogos 2008
Tempat
: Dataran Seri Tanjung
Pangsapuri Seri Tanjung
Seksyen 7
Masa
: 7:30 - 12:30 malam
 
Masa Aktiviti
7:30 - 8:30 malam Solat Maghrib & Bacaan Do’a
Do’a Selamat & Solat Isya’
10:00 - 10:30 malam Proses penerimaan kertas lukisan daripada peserta
10:30 - 11:00 malam Persembahan dan penilaian pakaian beragam
11:00 - 11:45 malam Persembahan dan penilaian pertandingan lagu patriotik / kebangsaan
11:45 - 11:55 malam Pengumuman pemenang setiap kategori
11:55 - 12:00 malam Pengiraan detik 12 malam & laungan merdeka serta pelancaran / pertunjukan bunga api
12:05 - 12:30 malam Penyampaian hadiah untuk pemenang
 

Kategori Pertandingan:

  • Pertandingan Mewarna (kanak-kanak 4-7 tahun)
  • Pertandingan Pakaian Beragan (Kanak-Kanak 7-15 tahun)
  • Pertandingan Lagu Patriotik (Dewasa 20-50 tahun)

(Borang Penyertaan akan diedarkan ‘pintu ke pintu’)

 

Kategori Umum:

  • Hiasan bendera tercantik di rumah dan kenderaan
  • Hadiah disediakan

Cabutan bertuah

  • Untuk peserta sambutan
  • Kanak-kanak termuda

Calon Tokoh Merdeka

  • Lelaki
  • Wanita

Anjuran
Kawasan Rukun Tetangga
Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi


Semua Dijemput Hadir

Wednesday, August 6, 2008

Seri Tanjung Bersinar Lagi

 
BANDAR BARU BANGI Pendidikan...

Program Keselamatan dan Cara Pencegahan Bersama Bomba Bandar Baru Bangi anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seksyen 7 di sini bertujuan untuk memberi pendidikan serta pendedahan kepada penduduk cara memadam kebakaran. Kelihatan salah seorang pegawai bomba dan penyelamat mengajar salah seorang penduduk menggunakan alat pemadam api.

Monday, August 4, 2008

Kempen Pendaftaran Menjadi Ahli PPST dan Bancian Penduduk

Dengan sukacita dimaklumkan pada 15hb Jun 2008, Persatuan Penduduk (PPST) telah mengadakan satu Mesyuarat Agung, dan kata sepakat telah dicapai untuk mengaktifkan kembali Persatuan Penduduk dan melantik barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PPST yang baru untuk sesi 2008-2009. Tuan/Puan boleh lihat Carta Organisasi.

Untuk makluman tuan/puan, pihak AJK PPST akan mengadakan satu bancian Penduduk ST, tujuan untuk simpanan PPST, serta kempen pendaftaran menjadi ahli PPST dengan cara Ketua Blok akan mengedarkan Borang Ahli dan bancian penduduk dari rumah ke rumah. Tuan/Puan diminta mengisi borang masing-masing sebelum 20hb Ogos 2008. Pastikan Resit Persatuan diberikan setelah bayaran Yuran Tahunan ahli PPST dibuat.

Kerjasama serta sokongan penduduk amatlah diharapkan dan didahului terima kasih.

Faedah menjadi ahli dan matlamat PPST:


  1. Mengeratkan perhubungan serta memupuk semangat yang tinggi antara penduduk agar kita dapat membentuk prasarana penempatan yang ekonomi dan selamat.

  2. Menganjurkan aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, dan ilmiah untuk keselesaan dan kebaikan penduduk Seri Tanjung.

  3. Mewujudkan aktiviti sukan dan rekreasi untuk melahirkan perpaduan antara kaum disamping mengurangkan gejala sosial yang tidak sihat dikalangan anak-anak remaja Seri Tanjung.

  4. Mengenali siapakah jiran kita serta menjalinkan hubungan silaturrahim di antara penduduk supaya kehilangan harta benda serta kecurian dapat kita hapuskan sepenuhnya.

  5. Mewakili penduduk dalam segala urusan dengan pihak kerajaan dan pemaju perumahan serta menjaga kepentingan ahli PPST.
Jiran Sepakat Membawa Berkat

Friday, August 1, 2008

Seri Tanjung Masuk Sinar

Abe Masuk Sinar 1 Ogos 2008

Bangi Mencuba...

Antara penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi cuba memadamkan api menggunakan alat pencegah kebakaran pada Program Keselamatan dan Cara Pencegahan bersama Bomba Bandar Baru Bangi di sini.

Thursday, July 31, 2008

Ceramah Khas Isra' Mi'raj & Kutipan Derma Menjelang Ramadhan

Tarikh
:
2 Ogos 2008 (Sabtu)
30 Rejab 1429H
Penceramah
:
Ustaz Faisal Ilmi
Masa
:
Selepas Maghrib




Semua DiJemput Hadir


Sumbangan penduduk berupa
makanan/wang/buku-buku agama
adalah amat dialu-alukan.


◊◊◊◊◊


Pengumuman


Dimaklumkan bahawa “Kutipan Derma Surau” akan dibuat pada:
  • 1 Ogos 2008 Jumaat (selepas Maghrib/Isya’) secara rumah ke rumah
  • 2 Ogos 2008 Sabtu (Di Surau pada Ceramah Khas)
  • 3 Ogos 2008 Ahad (selepas Maghrib/Isya’) secara rumah ke rumah

Kutipan derma ini adalah khusus untuk menampung perbelanjaan program Ramadhan disamping menambahkan dana Surau untuk program-program selanjutnya.

Semoga sumbangan ikhlas anda dapat menambahkan lagi pahala jariah buat bekalan di akhirat.

Wassalaam.

AJK Surau Seri Tanjung

Tuesday, July 29, 2008

Pengetahuan Pencegahan Kebakaran Penting



AHMAD BAEI

BANDAR BARU BANGI - Pengetahuan dan kemahiran mengenai pencegahan kebakaran wajar dimiliki anggota masyarakat sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran di persekitaran mereka.

Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Abdul Khalid Ujang ketika merasmikan Program Keselamatan dan Cara Pencegahan Bersama Bomba Bandar Ehtm Bangi di sini, mengajak penduduk di pangsapuri mengambil peluang untuk belajar cara memadam kebakaran.

Menurutnya, usaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, menganjurkan program ini harus dimanfaatkan semua penduduk kerana peluang ini tidak datang selalu.

Katanya, setiap arang perlu tahu mengguna alat pemadam supaya keadaan tidak menjadi panik apabila berlaku kebakaran sebenar.

"Selain itu, kalau ada alat pemadam itu perlu diservis apabila sampai masanya, kalau tidak, gaga1 digunakan apabila diperlukan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba Bandar Baru Bangi, Sarjan Mishan Benu semasa taklimat pencegahan meminta orang ramai supaya mengawasi anak-anak mereka daripada membuat panggilan palsu terhadap bomba.

Katanya, banyak panggilan palsu yang diterima dan keadaan ini jika dibiarkan kemungkinan akan menyebabkan pihak yang benar-benar perlu lambat diberi bantuan.

Selain itu, Mishan mahu KRT menyediakan alat pemadam api pada setiap blok sebagai peegahan awal sebelum kedatangan bomba.

Program berkenaan dikendalikan Pegawai Bomba dan Penyelamat, Mohd Zamri Hashim mendapat perhatian penduduk yang hadir dengan masing-masing diberi peluang untuk mencubanya.

"Sewaktu berhadapan dengan kebakaran, sesearang itu hendaklah dihadapi dengan tenang dan fokus kepada punca api," kata Zamri ketika ditemui.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, penduduk diberikan latihan cara menggunakan alat pemadam dengan betul dan cara memadam api pada tong gas.

Beberapa penduduk yang ditemui di sini berpuas hati dengan latihan itu sebagai asas bagi menghadapi kebakaran.

Sunday, July 20, 2008

Taklimat Keselamatan & Cara Pencegahan Kebakaran Oleh Bomba

Program Bomba KRT Seri Tanjung

Banyak lagi gambar-gambar Program Bomba boleh ditonton di sini.

Saturday, July 19, 2008

Apakah Badan Pengurusan Bersama / Joint Management Body (JMB)?

Berkaitan dengan perjumpaan Taklimat JMB malam tadi di Pangsapuri Seri Tanjung, Bandar Baru Bangi.

Pada asasnya, penyelenggaraan bangunan tempat tinggal tinggi kini adalah tanggungjawab para pemilik unit-unit di situ. Sendiri punya unit rumah, sama-sama pemilik kena selenggara.

(Muat turun Pelaksanaan Akta 663.PDF, rujuk juga tulisan YB ADUN Chempaka, dan satu contoh JMB Seri Mawar)

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. PKNS sebagai pemaju akan menubuhkan JMB di Apartmen/Pangsapuri/Rumah Pangsa Kediaman Tuan/Puan.

SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.

SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.
 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Persiaran Barat, Off Jalan Barat
46505 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7957 5066/7957 4144 • Faks: 03-7957 5250/7594 5271
E-mel: general@pkns.gov.my
Laman Web: www.pkns.gov.my

Thursday, July 17, 2008

Taklimat Joint Management Body (JMB)

Akta Bangunan dan Harta Bersama
(Penyelenggaraan dan Pengurusan)


Tarikh
:
18 Julai 2008 (Jumaat)
Masa
:
9:00 malam
Tempat
:
Bawah Blok 7, Pangsapuri Seri Tanjung
Bandar Baru Bangi


Oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS)


Dengan Kerjasama
Persatuan Penduduk Seri Tanjung


Semua Pemilik Di Jemput Hadir

Taklimat Keselamatan & Cara Pencegahan Kebakaran Oleh Bomba

Tarikh
:
20 Julai 2008 (Ahad)
Masa
:
9:00 pagi
Tempat
:
Dataran Seri Tanjung


Anjuran
Kawasan Rukun Tetangga
Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi


Dengan Kerjsama
Bomba
Bandar Baru Bangi



Matlamat/Objektif

  • Memberi pendedahan secara langsung kepada semua ahli KRT Pangsapuri Seksyen 7 tentang keselamatan dan cara pencegahan yang betul.
  • Memberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher) yang betul jika berlaku kebakaran.
  • Mengeratkan lagi semangat perpaduan di antara setiap ahli KRT kawasan.

Monday, June 16, 2008

Carta Organisasi AJK PPST BBB 2008/09

Ahli Jawatankuasa
Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Bandar Baru Bangi
Sessi 2008/09

 

Pengerusi
Omar Amri b. Adnan
 

Timbalan Pengerusi
Amran b. Ismail
 

Setiausaha
Rohazmi b. Mokhtar
 

Bendahari
Hamizan b. Ishak
 

Timbalan Setiausaha
Salihin
 

Timbalan Bendahari
Haji Masrul b. Ismail



Ketua ST1
Ambaratsu




Ketua ST3
Tazuddin




Ketua ST5
Che Abd. Rahman b. Hamat




Ketua ST7
Hamdan




Ketua ST9
Nor Azman b. Ja'apar




Ketua ST11
Mohd Lanang b. Alias




Timbalan Ketua ST1




Timbalan Ketua ST3




Timbalan Ketua ST5
Adnan b. Suki




Timbalan Ketua ST7
Johari b. Buang




Timbalan Ketua ST9




Timbalan Ketua ST11
Zamri b. Ibrahim




Ketua ST2
Mohd Rusdzi b. Kudip




Ketua ST4
Mohd Fauzi




Ketua ST6
Jamal Nasir b. Abd. Wahab




Ketua ST8
Hashim b. Hj. Gundah




Ketua ST10
Shaharudin b. Abdul Wahid






Timbalan Ketua ST2




Timbalan Ketua ST4
Kamarudin b. Abdul Rashid




Timbalan Ketua ST6




Timbalan Ketua ST8
Mohamad Nasir b. Mohamad Zuki




Timbalan Ketua ST10



Pusat Perubatan Sekitar BBBangi

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8736.1333
Faks: +6.03.8736.7527

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Tel: +6.03.8747.5555
Faks: +6.03.8947.5210

Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 7
62250 Putrajaya
Tel: +6.03.8312.4200
Faks: +6.03.8888.0137

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.2615.5555
Faks: +6.03.2691.1681

Institut Perubatan Respiratori
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.4023.2966
Faks: +6.03.4021.8807

Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd
No. 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8926.6060
Faks: +6.03.8926.6067

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
No. 34, Medan Pusat Bandar 1 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6 03 8925 2525
Faks: +6.03.8925.9525

Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
17, Jalan 6C/5, Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi

Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd
No. 62, Jln Raja Haroun
43000 Kajang

Pusat Perubatan Kajang Plaza Sdn. Bhd.
36A-C, Jalan Dato' P. Alagendra 2
Kajang Plaza
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.7077/6066
Faks: +6.03.8739.5055

KPJ Kajang Specialist Hospital
Batu 14, Jln. Cheras
43000 Kajang
Tel: +6.03.8769.2884
Faks: +6.03.8769.2831

Klinik Kerajaan Sekitar BBBangi

Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.5764

Klinik Desa Bangi Lama
43000 Kajang
Tel: +6.03.8920.2534

Klinik Desa Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang
Tel: +6.03.8926.3446

Klinik Desa Jenderam
43800 Dengkil
Tel: +6.03.8768.9868

Klinik Desa Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Tel: +6.03.8925.5809

Klinik Desa Sungai Ramal Luar
Jalan Mentri, 43000 Kajang

Klinik Pergigian Kerajaan Sekitar BBBangi

Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Klinik Pergigian Kajang
Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8734.0360

Klinik Pergigian Dengkil
43800 Dengkil
Tel/Faks: +6.03.8768.6355

Keselamatan / Keperluan Am BBBangi

Kecemasan
999

Pejabat DUN Bangi
+6.03.8925.0891

Talian Nur
1.5999

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
+6.03.8736.2222

Balai Polis BBBangi
+6.03.8925.0282

Balai Bomba BBBangi
+6.03.8925.4444

Syabas Perkhidmatan
+6.03.7781.4455

Syabas Aduan
1.800.88.5252

Syabas: Gangguan Bekalan Air
Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

Alam Flora
1.800.88.0880

TNB Aduan
1.5454

Indah Water Perkhidmatan
+6.03.2284.7828

Indah Water Pembayaran
1.800.88.3495

JKR Aduan Kerosakan
1.800.55.5004

MPKj Aduan
+6.03.8736.8017

Telekom Direktori
103

Telekom Aduan
100 atau
1.300.888.123

FEEDJIT Live Feed

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP