Tuesday, March 31, 2009

Notis Ganguan Bekalan Air

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (393257-T)
Wilayah Hulu Langat, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-8733 5717 Aduan: 03-8733 1666 Faks: 03-8736 7137
Laman Web: www.syabas.com.my E-mel: puspel@syabas.com.my
 
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR
 
Dimaklumkan bahawa pihak Syabas akan menjalankan kerja-kerja pemasangan Pressure Reducing Valve (PRV) (Kontraktor Jalur Cahaya Sdn Bhd) di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
 
Butir-butir gangguan adalah seperti berikut:
 
Tarikh
: 31 Mac 2009
Masa
: 10:00 pm - 5:00 am
Kawasan
Yang Terlibat
: Taman Sri Intan/
Taman Sri Melor
 
Perhatian:
  1. Sila tutup injap masuk (stop cock) sebelum meter, semasa gangguan tersebut untuk mengelakkan air kotor masuk ke sistem paip perkhidmatan di rumah tuan/puan.
  2. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan bekalan tersebut.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
PUSPEL: 1-800-88-5252
 
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
 
.....
Pengurus Besar Wilayah Hulu Langat
 
Tarikh Notis: 24 Mac 2009
Tarikh Notis Ditampal: 31 Mac 2009 petang.

Sunday, March 22, 2009

Sukaneka Seri Tanjung Tahunan Pertama 2009

Monday, March 16, 2009

Kumpulan Kompang Seri Tanjung

Kumpulan Kompang Seri Tanjung
 
Inilah Kumpulan Kompang Seri Tanjung yang terdiri daripada remaja-remaja Seri Tanjung sendiri, dengan jurulatih-jurulatihnya juga dari Seri Tanjung ini.
 
Sokonglah aktiviti-aktiviti sihat untuk warga Seri Tanjung kita. Beberapa lagi gambar latihan kompang di capaian ini.

Tuesday, March 10, 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

10 Mac 2009 | 13 Rabi'ul Awal 1430H
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H Surau al-Ummah di Pangsapuri Kelompok Seri Tanjung kali ini berjalan lancar, alhamdulillah.
 
Surau Seri Tanjung tidak pernah ketinggalan dalam mera'ikan Maulidur-Rasul setiap kali munculnya 12 Rabi'ul-Awal. Walau bagaimanapun, sambutan tahun ini diadakan sedikit kelainan dengan adanya pertandingan-pertandingan Hafazan Surah-Surah Lazim, Tilawah al-Qur'an, dan Laungan Azan bagi anak-anak Seri Tanjung.
 
Turut diberikan perhatian ialah penindasan regim Zionis terhadap rakyat Palestin, dengan sebuah penayangan video sebelum solat Zohor.
 
Majlis tahun ini yang bermula dengan solat Subuh semalam hingga berakhirnya di waktu Dhuha pagi ini, diselang-selikan dengan Kuliah-Kuliah Subuh, Sesi Taklim dengan hadith pilihan, Qiamullail, Ceramah Maulidur-Rasul, dan acara kemuncak Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan, dan akhirnya disudahi dengan Selawat Penutup. (Sila rujuk aturcara Majlis di catatan sebelum ini.)
 
Makan tengahari adalah ditaja, selain terdapat sedikit jamuan di waktu pagi dan juga di waktu malam.
 
Selalulah diingatkan, Majlis Maulidur-Rasul bukanlah sekadar untuk memperingati kelahiran Rasul kita, tetapi lebih lagi untuk mengingatkan sentiasa diri kita semua untuk menerima secara keseluruhan apa yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
 
Bukan juga setakat memperingati, menghayati, dan menerima secara keseluruhan pengajaran dan perjuangan Rasullullah s.a.w. sahaja, adalah menjadi harapan sambutan kali ini juga dapat memupuk minat anak-anak Seri Tanjung terhadap amal Islami seperti membaca al-Qur'an dan Laungan Azan melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
 
Secara keseluruhannya, sejumlah 21 anak-anak yang telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang dianjurkan. Tujuh (7) orang menyertai Laungan Azan, enam (6) orang menyertai Tilawah al-Qur'an, tujuh (7) orang menyertai Hafazan Surah-Surah Lazim untuk kategori 6 - 9 tahun, dan enam (6) orang menyertai Hafazan untuk kategori 10 - 12 tahun.
 
Keputusan Pertandingan kesemuanya telah dicatatkan di sini sebelum ini. Keputusan juri adalah muktamad.
 

Para Juri, Pengerusi Surau, dan Penjaga Masa

Walaupun penyertaan anak-anak ini dilihat sebagai memberangsangkan, namun sambutan umum daripada warga Seri Tanjung sendiri, khususnya yang beragama Islam, terhadap Majlis yang murni ini pada kali ini adalah agak sedikit hambar.
 
Harapan dan do'a kita ialah agar dapat Allah s.w.t. membuka hati kita dan memberikan kita petunjuk untuk memperbaiki kelemahan kita ini di masa yang akan datang demi perpaduan, keharmonian, dan kemajuan warga Seri Tanjung sendiri. Surau yang ada ini adalah untuk SEMUA warga Seri Tanjung; marilah sama-sama kita mengimarahkannya.
 
Kita di Seri Tanjung ini adalah ibarat sebuah keluarga yang besar--tegur menegur tak jadi halangan. Kalau sesama kita di sini tak boleh tegur menegur ataupun menerima teguran, siapakah lagi yang boleh menegur kita? Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Perlulah kita semua bekerjasama, dan bersikap terbuka.
 

Pengerusi memberi nasihat

Pengerusi, merangkap Penasihat Keseluruhan, Surau al-Ummah dengan rendah hati mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis ini, dan juga kepada para hadirin, terutamanya warga Seri Tanjung, yang datang memberi sokongan kepada aktiviti Surau ini.
 
Impian kita ialah agar meriahnya Majlis ini dapat dipanjangkan ke hari dan majlis lain seterusnya, terutamanya di Surau ini, dengan memenuhkan saf-saf ketika sembahyang lima waktu sekiranya berkesempatan, apatah lagi sembahyang itu tiang agama.
 
Ingatlah bahawa mercu kecemerlangan sebenar sesebuah rumah Allah itu hanyalah boleh diukur dengan bilangan saf yang penuh di awal waktu setiap solat fardhu; terutamanya solat Isya' dan Subuh. Bukannya dengan sejauh mana meriahnya Maulidur-Rasul, solat Tarawikh, penyembelihan Qurban, tahlil arwah dan bacaan Yaasin, jamuan Hari Raya, ataupun upacara berkhatan beramai-ramai di musim cuti sekolah.
 
Kejayaan kita semua bermula dengan sembahyang. Untuk berjaya memakmurkan rumah Allah, kita kena sembahyang di rumah Allah itu.
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 17-18)
Untuk kita yang beriman mencapai kejayaan juga, kita kena sembahyang.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (al-Mukminun: 1-7)
Beberapa gambar sekitar Majlis ini boleh ditonton di sini.
 
: MAM

Sunday, March 8, 2009

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Majlis Maulidur Rasul 1430H Surau Seri Tanjung

Penyertaan Keseluruhan Pertandingan
Majlis Maulidur Rasul 1430H
Surau al-Ummah Kelompok Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Bil.
Nama
A
T
H
H
1. Aiman bin Zaki
X
2. Hafiza bt. Mat Ariff
X
3. Hidayatul Ain Nabila
X
4. Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
X
X
5. M. Akif b. Mohamad Herman
X
6. M. Hazriq Hamka
X
7. M. Iqram b. Shaharuddin
X
8. M. Lukman Hakim b. Suhaimi
X
9. M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
X
X
10. Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
X
X
11. Muhamed Khuzairi
X
12. Muhammad Iqram b. Shaharuddin
X
13. Noor Ilyana bt. A. Zahir
X
14. Nur Husnina bt. Kamaruddin
X
15. Nur Najihah bt. Mohamad Herman
X
16. Nurul Shazrina bt. Zolkipli
X
17. Safuan bin Syahrizan
X
18. Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
X
X
19. Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
X
X
20. Siti Zulaikha bt. Jamal
X
21. Syazwani bt. Zolkipli
X
Lagenda:
A =
T =
H6 =
H10 =
Laungan Azan;
Tilawah al-Qur'an;
Hafazan Kategori 6-9 tahun;
Hafazan Kategori 10-12 tahun.
Juri
1. Ustaz M. Fattah Shamsuddin
2. Ustaz Syaifullah

 

Anak-anak Seri Tanjung yang mengambil bahagian
di dalam Majlis Sambutan Maulidur-Rasul 1430H/2009M
Surau al-Ummah Seri Tanjung.

 
Laungan Azan
Nama
L
K
F
J
Johan
M. Iqram b. Shaharuddin
39
25
25
89
N Johan
M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
38
25
25
88
Ketiga
Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
37
20
23
80
4. M. Lukman Hakim b. Suhaimi
26
15
15
56
5. Muhamed Khuzairi
30
15
10
55
6. Safuan bin Syahrizan
27
13
13
53
7. Aiman bin Zaki
25
14
13
52
Lagenda:
L =
K =
F =
J =
Lagu
Kelancaran
Fasohah
Jumlah


Tilawah al-Qur'an
Nama
T
K
F
J
Johan
Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
36
23
20
79
N Johan
Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
37
20
20
77
Ketiga
Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
31
20
18
69
4. Nur Najihah bt. Mohamad Herman
35
14
14
63
5. Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
32
15
15
62
6. M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
30
12
10
52


Hafazan Surah Lazim (6-9 tahun)
Nama
T
K
F
J
Johan
Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
35
23
20
78
N Johan
Siti Zulaikha bt. Jamal
34
23
20
77
Ketiga
M. Akif b. Mohamad Herman
34
23
18
75
4. M. Hazriq Hamka
34
20
18
72
5. Hidayatul Ain Nabila
32
18
15
65
6. Hafiza bt. Mat Ariff
31
15
15
61
7. Nurul Shazrina bt. Zolkipli
30
8
10
48


Hafazan Surah Lazim (10-12 tahun)
Nama
T
K
F
J
Johan
Muhammad Iqram b. Shaharuddin
38
27
25
90
N Johan
Nur Husnina bt. Kamaruddin
37
27
25
89
Ketiga
Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
35
25
20
80
4. Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
30
10
17
57
5. Syazwani bt. Zolkipli
23
15
15
53
6. Noor Ilyana bt. A. Zahir
25
10
15
50
Lagenda:
L =
K =
F =
J =
Lagu
Kelancaran
Fasohah
Jumlah

Pusat Perubatan Sekitar BBBangi

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8736.1333
Faks: +6.03.8736.7527

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Tel: +6.03.8747.5555
Faks: +6.03.8947.5210

Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 7
62250 Putrajaya
Tel: +6.03.8312.4200
Faks: +6.03.8888.0137

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.2615.5555
Faks: +6.03.2691.1681

Institut Perubatan Respiratori
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.4023.2966
Faks: +6.03.4021.8807

Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd
No. 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8926.6060
Faks: +6.03.8926.6067

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
No. 34, Medan Pusat Bandar 1 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6 03 8925 2525
Faks: +6.03.8925.9525

Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
17, Jalan 6C/5, Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi

Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd
No. 62, Jln Raja Haroun
43000 Kajang

Pusat Perubatan Kajang Plaza Sdn. Bhd.
36A-C, Jalan Dato' P. Alagendra 2
Kajang Plaza
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.7077/6066
Faks: +6.03.8739.5055

KPJ Kajang Specialist Hospital
Batu 14, Jln. Cheras
43000 Kajang
Tel: +6.03.8769.2884
Faks: +6.03.8769.2831

Klinik Kerajaan Sekitar BBBangi

Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.5764

Klinik Desa Bangi Lama
43000 Kajang
Tel: +6.03.8920.2534

Klinik Desa Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang
Tel: +6.03.8926.3446

Klinik Desa Jenderam
43800 Dengkil
Tel: +6.03.8768.9868

Klinik Desa Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Tel: +6.03.8925.5809

Klinik Desa Sungai Ramal Luar
Jalan Mentri, 43000 Kajang

Klinik Pergigian Kerajaan Sekitar BBBangi

Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Klinik Pergigian Kajang
Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8734.0360

Klinik Pergigian Dengkil
43800 Dengkil
Tel/Faks: +6.03.8768.6355

Keselamatan / Keperluan Am BBBangi

Kecemasan
999

Pejabat DUN Bangi
+6.03.8925.0891

Talian Nur
1.5999

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
+6.03.8736.2222

Balai Polis BBBangi
+6.03.8925.0282

Balai Bomba BBBangi
+6.03.8925.4444

Syabas Perkhidmatan
+6.03.7781.4455

Syabas Aduan
1.800.88.5252

Syabas: Gangguan Bekalan Air
Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

Alam Flora
1.800.88.0880

TNB Aduan
1.5454

Indah Water Perkhidmatan
+6.03.2284.7828

Indah Water Pembayaran
1.800.88.3495

JKR Aduan Kerosakan
1.800.55.5004

MPKj Aduan
+6.03.8736.8017

Telekom Direktori
103

Telekom Aduan
100 atau
1.300.888.123

FEEDJIT Live Feed

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP