Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
10 Mac 2009 | 13 Rabi'ul Awal 1430H
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H Surau al-Ummah di Pangsapuri Kelompok Seri Tanjung kali ini berjalan lancar, alhamdulillah.
Surau Seri Tanjung tidak pernah ketinggalan dalam mera'ikan Maulidur-Rasul setiap kali munculnya 12 Rabi'ul-Awal. Walau bagaimanapun, sambutan tahun ini diadakan sedikit kelainan dengan adanya pertandingan-pertandingan Hafazan Surah-Surah Lazim, Tilawah al-Qur'an, dan Laungan Azan bagi anak-anak Seri Tanjung.
Turut diberikan perhatian ialah penindasan regim Zionis terhadap rakyat Palestin, dengan sebuah penayangan video sebelum solat Zohor.
Majlis tahun ini yang bermula dengan solat Subuh semalam hingga berakhirnya di waktu Dhuha pagi ini, diselang-selikan dengan Kuliah-Kuliah Subuh, Sesi Taklim dengan hadith pilihan, Qiamullail, Ceramah Maulidur-Rasul, dan acara kemuncak Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan, dan akhirnya disudahi dengan Selawat Penutup. (Sila rujuk aturcara Majlis di catatan sebelum ini.)
Makan tengahari adalah ditaja, selain terdapat sedikit jamuan di waktu pagi dan juga di waktu malam.
Selalulah diingatkan, Majlis Maulidur-Rasul bukanlah sekadar untuk memperingati kelahiran Rasul kita, tetapi lebih lagi untuk mengingatkan sentiasa diri kita semua untuk menerima secara keseluruhan apa yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
Bukan juga setakat memperingati, menghayati, dan menerima secara keseluruhan pengajaran dan perjuangan Rasullullah s.a.w. sahaja, adalah menjadi harapan sambutan kali ini juga dapat memupuk minat anak-anak Seri Tanjung terhadap amal Islami seperti membaca al-Qur'an dan Laungan Azan melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
Secara keseluruhannya, sejumlah 21 anak-anak yang telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang dianjurkan. Tujuh (7) orang menyertai Laungan Azan, enam (6) orang menyertai Tilawah al-Qur'an, tujuh (7) orang menyertai Hafazan Surah-Surah Lazim untuk kategori 6 - 9 tahun, dan enam (6) orang menyertai Hafazan untuk kategori 10 - 12 tahun.
Keputusan Pertandingan kesemuanya telah dicatatkan di sini sebelum ini. Keputusan juri adalah muktamad.
Para Juri, Pengerusi Surau, dan Penjaga Masa
Walaupun penyertaan anak-anak ini dilihat sebagai memberangsangkan, namun sambutan umum daripada warga Seri Tanjung sendiri, khususnya yang beragama Islam, terhadap Majlis yang murni ini pada kali ini adalah agak sedikit hambar.
Harapan dan do'a kita ialah agar dapat Allah s.w.t. membuka hati kita dan memberikan kita petunjuk untuk memperbaiki kelemahan kita ini di masa yang akan datang demi perpaduan, keharmonian, dan kemajuan warga Seri Tanjung sendiri. Surau yang ada ini adalah untuk SEMUA warga Seri Tanjung; marilah sama-sama kita mengimarahkannya.
Kita di Seri Tanjung ini adalah ibarat sebuah keluarga yang besar--tegur menegur tak jadi halangan. Kalau sesama kita di sini tak boleh tegur menegur ataupun menerima teguran, siapakah lagi yang boleh menegur kita? Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Perlulah kita semua bekerjasama, dan bersikap terbuka.
Pengerusi memberi nasihat
Pengerusi, merangkap Penasihat Keseluruhan, Surau al-Ummah dengan rendah hati mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis ini, dan juga kepada para hadirin, terutamanya warga Seri Tanjung, yang datang memberi sokongan kepada aktiviti Surau ini.
Impian kita ialah agar meriahnya Majlis ini dapat dipanjangkan ke hari dan majlis lain seterusnya, terutamanya di Surau ini, dengan memenuhkan saf-saf ketika sembahyang lima waktu sekiranya berkesempatan, apatah lagi sembahyang itu tiang agama.
Ingatlah bahawa mercu kecemerlangan sebenar sesebuah rumah Allah itu hanyalah boleh diukur dengan bilangan saf yang penuh di awal waktu setiap solat fardhu; terutamanya solat Isya' dan Subuh. Bukannya dengan sejauh mana meriahnya Maulidur-Rasul, solat Tarawikh, penyembelihan Qurban, tahlil arwah dan bacaan Yaasin, jamuan Hari Raya, ataupun upacara berkhatan beramai-ramai di musim cuti sekolah.
Kejayaan kita semua bermula dengan sembahyang. Untuk berjaya memakmurkan rumah Allah, kita kena sembahyang di rumah Allah itu.

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 17-18)
Untuk kita yang beriman mencapai kejayaan juga, kita kena sembahyang.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (al-Mukminun: 1-7)
Beberapa gambar sekitar Majlis ini boleh ditonton di sini.
: MAM
0 comments:
Post a Comment