Saturday, December 26, 2009

Boling Krismas 2009

Semalam, segorombolan warga Seri Tanjung telah menyerbu Pusat Boling di Bangi Utama untuk satu aktiviti riadhah.



Boling Seri Tanjung Krismas 2009
Gerombolan Boling Seri Tanjung Hari Krismas 2009


Kegiatan ini dirancang secara mendadak dan tidak rasmi dan dihadiri oleh hampir 25 orang, termasuk kanak-kanak. Ini sungguh memberangsangkan, dan semua yang hadir berpuas hati dengan acara keluarga ini, walaupun mungkin ada yang tidak begitu berpuashati dengan prestasi masing-masing.



Untuk 3 game, yuran (termasuk sewaan kasut) yang dikenakan ialah rm20 untuk dewasa, dan rm10 untuk kanak-kanak.



Oleh kerana masa sudah terlalu suntuk, sesi penyampaian hadiah besar-besaran akan diadakan pada suatu hari yang akan ditentukan kelak.



Apapun syabas kepada pihak penganjur dan peserta kerana memberi segala kerjasama bagi menjayakan acara boling ini. Berdasarkan sambutan yang diberikan kepada aktiviti ini kali ini, diharap dapat diadakan lagi riadhah sebegini di masa akan datang dengan lebih kerap lagi.



Disertakan di sini keputusan pasukan dan individu, kecuali keputusan kanak-kanak kerana tiada pencatit bagi kategori tersebut. Tahniah kepada semua pemenang.



Kedudukan Pasukan
1.
Team D
Game 1
Game 2
Game 3
Jumlah
Purata
Mazlan 127 120 114 361 120.3
Amri 99 129 112 340 113.3
Syam 154 138 112 404 134.7
Zainal 88 120 99 307 102.3
Jumlah 468 507 437 1412 470.7
Purata 117.0 126.8 109.3 353.0 117.7
2.
Team B
Game 1
Game 2
Game 3
Jumlah
Purata
Rusdzi 100 121 97 318 106.0
Rahman 99 111 84 294 98.0
Hamizan 113 162 118 393 131.0
Jumlah 312 394 299 1005 335.0
Purata 104.0 131.3 99.7 335.0 111.7
3.
Team E Remaja
Game 1
Game 2
Game 3
Jumlah
Purata
Fendy 89 119 114 322 107.3
Ariff (Angah) 128 137 113 378 126.0
Wan 130 90 102 322 107.3
Aswad 71 103 89 263 87.7
Jumlah 418 449 418 1285 428.3
Purata 104.5 112.3 104.5 321.3 107.1
4.
Team A
Game 1
Game 2
Game 3
Jumlah
Purata
Amran 110 103 105 318 106.0
Zaki 92 136 108 336 112.0
Yunus 80 86 76 242 80.7
Jumlah 282 325 289 896 298.7
Purata 94.0 108.3 96.3 298.7 99.6
5.
Team C
Game 1
Game 2
Game 3
Jumlah
Purata
Rosli 104 93 148 345 115.0
Din Lemang 74 71 94 239 79.7
Lanang 103 88 86 277 92.3
Jumlah 281 252 328 861 287.0
Purata 93.7 84.0 109.3 287.0 95.7

 

Boling Seri Tanjung Krismas 2009
Syam: Juara Perseorangan


Kedudukan Individu (Dewasa & Remaja)
Nama
Game 1
Game 2
Game 3
Jumlah
Purata
1.
Syam
154
138
112
404
134.7
2.
Hamizan
113
162
118
393
131.0
3.
Ariff (Angah)
128
137
113
378
126.0
4.
Mazlan
127
120
114
361
120.3
5.
Rosli
104
93
148
345
115.0
6.
Amri
99
129
112
340
113.3
7.
Zaki
92
136
108
336
112.0
8.
Fendy
89
119
114
322
107.3
9.
Wan
130
90
102
322
107.3
10.
Amran
110
103
105
318
106.0
11.
Rusdzi
100
121
97
318
106.0
12.
Zainal
88
120
99
307
102.3
13.
Rahman
99
111
84
294
98.0
14.
Lanang
103
88
86
277
92.3
15.
Aswad
71
103
89
263
87.7
16.
Yunus
80
86
76
242
80.7
17.
Din Lemang
74
71
94
239
79.7


Boling Seri Tanjung Krismas 2009
Hamizan: Naib Juara Perseorangan


Boling Seri Tanjung Krismas 2009
Ariff (Angah): Tempat Ketiga Perseorangan

Beberapa gambar lagi boleh ditontoni di album Seri Tanjung di sini.

Wednesday, December 16, 2009

Jadual Pengajian Surau Disember 2009

Jadual Pengajian Surau Seri Tanjung
Disember 2009 | Zulhijjah 1430H / Muharram 1431H



Disember Hari Masa Penceramah Tajuk/Kitab Hijrah
13
Ahad
Maghrib
Ust Hazrul Nizam
Fiqh Akidah
26 Zulhijjah
19
Sabtu
Maghrib
Ust Ibrahim Muhd
Ceramah Maal Hijrah
2 Muharram
20
Ahad
Maghrib
Ust Jamhari
Bab Ikhlas
3 Muharram
26
Sabtu
Maghrib
Ust Saharuddin
Ust Zainal Ariffin
Ceramah Jemputan
9 Muharram
27
Ahad
Maghrib
Ust Husaini Mokhtar
Misteri Solat Suboh
10 Muharram

“Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya
suatu jalan menuju ke syurga.”


(diriwayatkan oleh al-Imam Muslim;
Hadis 40 Imam an-Nawawi, No. 36)



SELURUH WARGA SERI TANJUNG DIJEMPUT HADIR

Tuesday, September 29, 2009

Notis Ganguan Bekalan Air Berjadual

Kerja-kerja SYABAS akan dilakukan di Inlet Kolam Air Terminal Bangi 5MG / 4MG, Wilayah Hulu Langat.

KAWASAN TERLIBAT ialah Wilayah Hulu Langat Seksyen 7, 8, 9 dan kawasan Perindustrian Seksyen 10 Bandar Baru Bangi; kawasan perumahan di Jalan Wan Siew; Kampung Sg. Ramal Dalam; Taman Putra Kajang; Taman Kajang Mewah; Taman Kajang Raya; Taman Desa Kekwa/Desa Kiambang; Taman Kwantung Baru; Taman Sepakat Indah; Flat Jalan 1/9, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi; Taman Kajang Impian; Taman Berjaya Baru, Sg. Chua; Taman Sri Intan/Sri Melor; Kg. Baru Cina Sg. Chua; Taman Setia; Taman Kejora; Taman Koperasi LLN; Taman Bidara; Taman Semarak; Taman Saga; Taman Pasir Mas dan Taman Mewah Indah.

29-09-2009 6:00 petang hingga 30-09-2009 5:00 pagi.

Sumber: SYABAS

Tuesday, August 25, 2009

Jadual Moreh Ramadhan 1430H

Jadual Membawa Kueh
Moreh Ramadhan 1430H / 2009M
Surau Seri Tanjung 
 
Tarikh
Hari
Blok
1 Ramadhan 22 Ogos
Sabtu
1
2 Ramadhan 23 Ogos
Ahad
2
3 Ramadhan 24 Ogos
Isnin
3
4 Ramadhan 25 Ogos
Selasa
4
5 Ramadhan 26 Ogos
Rabu
5
6 Ramadhan 27 Ogos
Khamis
6
7 Ramadhan 28 Ogos
Jumaat
7
8 Ramadhan 29 Ogos
Sabtu
8
9 Ramadhan 30 Ogos
Ahad
9
10 Ramadhan 31 Ogos
Isnin
10
11 Ramadhan 1 September
Selasa
11
12 Ramadhan 2 September
Rabu
1
13 Ramadhan 3 September
Khamis
2
14 Ramadhan 4 September
Jumaat
3
15 Ramadhan 5 September
Sabtu
4
16 Ramadhan 6 September
Ahad
5
17 Ramadhan 7 September
Isnin
6
18 Ramadhan 8 September
Selasa
7
19 Ramadhan 9 September
Rabu
8
20 Ramadhan 10 September
Khamis
9
21 Ramadhan 11 September
Jumaat
10
22 Ramadhan 12 September
Sabtu
11
23 Ramadhan 13 September
Ahad
1
24 Ramadhan 14 September
Isnin
2
25 Ramadhan 15 September
Selasa
3
26 Ramadhan 16 September
Rabu
4
27 Ramadhan 17 September
Khamis
5
28 Ramadhan 18 September
Jumaat
6
29 Ramadhan 19 September
Sabtu
7
 
Semoga segala sedekah kita di bulan mulia ini
mendapat pahala yang berganda-ganda.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan 1430H

Salam Ramadhan Mubarak 1430H kepada semua. Hanya sedikit peringatan terhadap diri sendiri:
...berkata para malaikat kepada Jibrail, apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.¹
Pakai ketayap melangkah awal,
    Masuk waktu melaung azan;
Sibuk bersiap menyambut Syawal,
    Perayaan sebenar ialah Ramadhan.

Monday, August 17, 2009

Gotong Royong Perdana Seri Tanjung 2009

Sempena menyambut Ramadhan el-Mubarak 1430H/2009M, Persatuan Penduduk Seri Tanjung (PPST), dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), FIM Enterprise (syarikat pengelenggaraan Pangsapuri Seri Tanjung), Majlis Persatuan Penduduk (MPP) Zon 21 MPKj, dan Pejabat ADUN Bangi, hari ini telah menganjurkan sebuah aktiviti gotong royong yang dinamakan Gotong Royong Perdana Seri Tanjung Bersih.
 
Gotong Royong ini telah dirasmikan bersama oleh ADUN Bangi (YB Dr. Shafie Abu Bakar), Ahli Parlimen Serdang (YB Cik Teo Nie Ching), dan seorang wakil MPKj (Tuan Hj. Arshad b. Hj. Salleh, Ketua Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj).
 
Kejayaan aktiviti ini sangat membanggakan dengan kerjasama ramai penduduk Seri Tanjung yang turun bersama-sama membantu membersihkan kelompok pangsapuri mereka.
 
Aktiviti ini disudahi dengan hidangan tengahari Briyani yang sungguh enak yang dinikmati oleh ramai peserta termasuk ahli keluarga mereka. Kepada semua yang terlibat, diucapkan ribuan terima kasih.
 
Syukran jazilan. Jazakumullah hu khoiron kathiiraa.
 
Gotong royong lagi kita di tahun depan, insya'Allah.
 
Lagi gambar-gambar wajah-wajah dan sekitar Gotong Royong tersebut boleh di nikmati di Album PPST di Picasa.
 

Monday, August 3, 2009

Kursus Pengendalian Makanan ILPM di Seri Tanjung

Kursus Pengendalian Makanan
Institut Latihan Pengendalian Makanan
 
 
Kepada semua penduduk Seri Tanjung, pada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Kursus Pengendalian Makanan yang akan diadakan pada:
 
Hari
:
Ahad
Tarikh
:
9 Ogos 2009
Tempat
:
Di bawah Blok Seri Tanjung 2 (ST2)
Masa
:
9:00 pagi
Yuran Penyertaan
:
RM60 sahaja (sekali seumur hidup)
 
Dikendalikan oleh:
Hj Ramlan Bin Bawok
Koordinator ILPM

D Wajan Food
 
Kursus akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Tanjung, En. Omar Amri Adnan, insya'Allah.
 
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
 
En. Mohd Rusdzi Kudip
012 245 1408 atau 012 341 6470
 
“Sijil Pengendali Makanan” atau Sijil Latihan Pengendali Pemakanan (LPM) akan disediakan oleh D WAJAN FOOD untuk setiap peserta yang mendaftar.

Wednesday, July 29, 2009

Bola Tampar Antara Blok

Pertandingan Bola Tampar Antara Blok

Tarikh
: 2 Ogos 2009 • Ahad
Masa
: 8:00 pagi - 7:00 petang
Tempat
: Gelanggang Blok ST4
 
Sila datang beramai-ramai, dan beri sokongan kepada blok anda!
Demi perpaduan dan kemajuan Seri Tanjung!!
 
Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Sunday, July 26, 2009

Aktiviti Menjelang Ramadhan 1430H

Ceramah Perdana 2009


Bersama Ustaz Akhil Hayy
15 Ogos 2009 • Sabtu
Malam
 

Gotong Royong Perdana 2009


aktiviti membersihkan blok dan taman kita

mencuci tangga blok • membersih longkang & sampah
mengecat surau • tanaman • lain-lain
16 Ogos 2009 • Ahad
Pagi hingga Petang
 

Kutipan Derma Ikhlas

 
Bagi menjayakan semua program di atas, sejumlah wang diperlukan untuk membeli beberapa barangan termasuk jamuan makan tengahari yang akan disediakan. Oleh itu tuan/puan diharap dapat menderma sebanyak: RM5.00/rumah.
 
Adalah diharapkan tuan/puan dapat menyumbang dengan ikhlas dem perpaduan sesama kita. AJK Persatuan akan mengutip derma tersebut pada tarikh dan masa berikut:
1 & 2 Ogos 2009
9:00 malam sehingga habis
 
Sila ajukan sebarang pertanyaan kepada Ketua Blok anda.
 
Anjuran:
 
Persatuan Penduduk Seri Tanjung
 
bersama
 
Kawasan Rukun Tetangga
Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi

Saturday, July 25, 2009

Sempena Menyambut Ramadhan 1430H

Persatuan Penduduk Seri Tanjung dengan Kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sedang mengatur beberapa aktiviti bagi menyambut Ramadhan 1430H yang akan menjelang tiba tak lama lagi.
 
Akhil Hayy
Ceramah Perdana Akhil Hayy
15 Ogos 2009 | 24 Sha'aban 1430H | Sabtu
 
Gotong Royong Perdana 2006
Gotong Royong Perdana Seri Tanjung
16 Ogos 2009 | 24 Sha'aban 1430H | Ahad
 
Sokongan para penduduk Seri Tanjung adalah dialu-alukan. Berita lanjut akan menyusul, ikutinya di sini.

Sunday, May 24, 2009

Ceramah Mingguan

Ceramah Mingguan

Misteri Solat Subuh

Tarikh : 24 Mei 2009 • 29 Jamadil-Awal 1430H
Tempat : Surau Al-Ummah Kelompok Seri Tanjung
Masa : Selepas Maghrib

Penceramah
Ustaz Husaini

Tuesday, May 5, 2009

Sukaneka Perpaduan MPP

Sukaneka Perpaduan Antara MPP MPKj

Kita Islam sudah merdeka...
Gambar ehsan MPP Zon 23

Tarikh : 10 Mei 2009, Ahad
Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengahari
Tempat : Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Tuesday, March 31, 2009

Notis Ganguan Bekalan Air

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (393257-T)
Wilayah Hulu Langat, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-8733 5717 Aduan: 03-8733 1666 Faks: 03-8736 7137
Laman Web: www.syabas.com.my E-mel: puspel@syabas.com.my
 
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR
 
Dimaklumkan bahawa pihak Syabas akan menjalankan kerja-kerja pemasangan Pressure Reducing Valve (PRV) (Kontraktor Jalur Cahaya Sdn Bhd) di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
 
Butir-butir gangguan adalah seperti berikut:
 
Tarikh
: 31 Mac 2009
Masa
: 10:00 pm - 5:00 am
Kawasan
Yang Terlibat
: Taman Sri Intan/
Taman Sri Melor
 
Perhatian:
  1. Sila tutup injap masuk (stop cock) sebelum meter, semasa gangguan tersebut untuk mengelakkan air kotor masuk ke sistem paip perkhidmatan di rumah tuan/puan.
  2. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan bekalan tersebut.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
PUSPEL: 1-800-88-5252
 
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
 
.....
Pengurus Besar Wilayah Hulu Langat
 
Tarikh Notis: 24 Mac 2009
Tarikh Notis Ditampal: 31 Mac 2009 petang.

Sunday, March 22, 2009

Sukaneka Seri Tanjung Tahunan Pertama 2009

Monday, March 16, 2009

Kumpulan Kompang Seri Tanjung

Kumpulan Kompang Seri Tanjung
 
Inilah Kumpulan Kompang Seri Tanjung yang terdiri daripada remaja-remaja Seri Tanjung sendiri, dengan jurulatih-jurulatihnya juga dari Seri Tanjung ini.
 
Sokonglah aktiviti-aktiviti sihat untuk warga Seri Tanjung kita. Beberapa lagi gambar latihan kompang di capaian ini.

Tuesday, March 10, 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

10 Mac 2009 | 13 Rabi'ul Awal 1430H
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H Surau al-Ummah di Pangsapuri Kelompok Seri Tanjung kali ini berjalan lancar, alhamdulillah.
 
Surau Seri Tanjung tidak pernah ketinggalan dalam mera'ikan Maulidur-Rasul setiap kali munculnya 12 Rabi'ul-Awal. Walau bagaimanapun, sambutan tahun ini diadakan sedikit kelainan dengan adanya pertandingan-pertandingan Hafazan Surah-Surah Lazim, Tilawah al-Qur'an, dan Laungan Azan bagi anak-anak Seri Tanjung.
 
Turut diberikan perhatian ialah penindasan regim Zionis terhadap rakyat Palestin, dengan sebuah penayangan video sebelum solat Zohor.
 
Majlis tahun ini yang bermula dengan solat Subuh semalam hingga berakhirnya di waktu Dhuha pagi ini, diselang-selikan dengan Kuliah-Kuliah Subuh, Sesi Taklim dengan hadith pilihan, Qiamullail, Ceramah Maulidur-Rasul, dan acara kemuncak Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan, dan akhirnya disudahi dengan Selawat Penutup. (Sila rujuk aturcara Majlis di catatan sebelum ini.)
 
Makan tengahari adalah ditaja, selain terdapat sedikit jamuan di waktu pagi dan juga di waktu malam.
 
Selalulah diingatkan, Majlis Maulidur-Rasul bukanlah sekadar untuk memperingati kelahiran Rasul kita, tetapi lebih lagi untuk mengingatkan sentiasa diri kita semua untuk menerima secara keseluruhan apa yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
 
Bukan juga setakat memperingati, menghayati, dan menerima secara keseluruhan pengajaran dan perjuangan Rasullullah s.a.w. sahaja, adalah menjadi harapan sambutan kali ini juga dapat memupuk minat anak-anak Seri Tanjung terhadap amal Islami seperti membaca al-Qur'an dan Laungan Azan melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
 
Secara keseluruhannya, sejumlah 21 anak-anak yang telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang dianjurkan. Tujuh (7) orang menyertai Laungan Azan, enam (6) orang menyertai Tilawah al-Qur'an, tujuh (7) orang menyertai Hafazan Surah-Surah Lazim untuk kategori 6 - 9 tahun, dan enam (6) orang menyertai Hafazan untuk kategori 10 - 12 tahun.
 
Keputusan Pertandingan kesemuanya telah dicatatkan di sini sebelum ini. Keputusan juri adalah muktamad.
 

Para Juri, Pengerusi Surau, dan Penjaga Masa

Walaupun penyertaan anak-anak ini dilihat sebagai memberangsangkan, namun sambutan umum daripada warga Seri Tanjung sendiri, khususnya yang beragama Islam, terhadap Majlis yang murni ini pada kali ini adalah agak sedikit hambar.
 
Harapan dan do'a kita ialah agar dapat Allah s.w.t. membuka hati kita dan memberikan kita petunjuk untuk memperbaiki kelemahan kita ini di masa yang akan datang demi perpaduan, keharmonian, dan kemajuan warga Seri Tanjung sendiri. Surau yang ada ini adalah untuk SEMUA warga Seri Tanjung; marilah sama-sama kita mengimarahkannya.
 
Kita di Seri Tanjung ini adalah ibarat sebuah keluarga yang besar--tegur menegur tak jadi halangan. Kalau sesama kita di sini tak boleh tegur menegur ataupun menerima teguran, siapakah lagi yang boleh menegur kita? Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Perlulah kita semua bekerjasama, dan bersikap terbuka.
 

Pengerusi memberi nasihat

Pengerusi, merangkap Penasihat Keseluruhan, Surau al-Ummah dengan rendah hati mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis ini, dan juga kepada para hadirin, terutamanya warga Seri Tanjung, yang datang memberi sokongan kepada aktiviti Surau ini.
 
Impian kita ialah agar meriahnya Majlis ini dapat dipanjangkan ke hari dan majlis lain seterusnya, terutamanya di Surau ini, dengan memenuhkan saf-saf ketika sembahyang lima waktu sekiranya berkesempatan, apatah lagi sembahyang itu tiang agama.
 
Ingatlah bahawa mercu kecemerlangan sebenar sesebuah rumah Allah itu hanyalah boleh diukur dengan bilangan saf yang penuh di awal waktu setiap solat fardhu; terutamanya solat Isya' dan Subuh. Bukannya dengan sejauh mana meriahnya Maulidur-Rasul, solat Tarawikh, penyembelihan Qurban, tahlil arwah dan bacaan Yaasin, jamuan Hari Raya, ataupun upacara berkhatan beramai-ramai di musim cuti sekolah.
 
Kejayaan kita semua bermula dengan sembahyang. Untuk berjaya memakmurkan rumah Allah, kita kena sembahyang di rumah Allah itu.
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 17-18)
Untuk kita yang beriman mencapai kejayaan juga, kita kena sembahyang.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (al-Mukminun: 1-7)
Beberapa gambar sekitar Majlis ini boleh ditonton di sini.
 
: MAM

Sunday, March 8, 2009

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Majlis Maulidur Rasul 1430H Surau Seri Tanjung

Penyertaan Keseluruhan Pertandingan
Majlis Maulidur Rasul 1430H
Surau al-Ummah Kelompok Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Bil.
Nama
A
T
H
H
1. Aiman bin Zaki
X
2. Hafiza bt. Mat Ariff
X
3. Hidayatul Ain Nabila
X
4. Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
X
X
5. M. Akif b. Mohamad Herman
X
6. M. Hazriq Hamka
X
7. M. Iqram b. Shaharuddin
X
8. M. Lukman Hakim b. Suhaimi
X
9. M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
X
X
10. Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
X
X
11. Muhamed Khuzairi
X
12. Muhammad Iqram b. Shaharuddin
X
13. Noor Ilyana bt. A. Zahir
X
14. Nur Husnina bt. Kamaruddin
X
15. Nur Najihah bt. Mohamad Herman
X
16. Nurul Shazrina bt. Zolkipli
X
17. Safuan bin Syahrizan
X
18. Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
X
X
19. Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
X
X
20. Siti Zulaikha bt. Jamal
X
21. Syazwani bt. Zolkipli
X
Lagenda:
A =
T =
H6 =
H10 =
Laungan Azan;
Tilawah al-Qur'an;
Hafazan Kategori 6-9 tahun;
Hafazan Kategori 10-12 tahun.
Juri
1. Ustaz M. Fattah Shamsuddin
2. Ustaz Syaifullah

 

Anak-anak Seri Tanjung yang mengambil bahagian
di dalam Majlis Sambutan Maulidur-Rasul 1430H/2009M
Surau al-Ummah Seri Tanjung.

 
Laungan Azan
Nama
L
K
F
J
Johan
M. Iqram b. Shaharuddin
39
25
25
89
N Johan
M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
38
25
25
88
Ketiga
Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
37
20
23
80
4. M. Lukman Hakim b. Suhaimi
26
15
15
56
5. Muhamed Khuzairi
30
15
10
55
6. Safuan bin Syahrizan
27
13
13
53
7. Aiman bin Zaki
25
14
13
52
Lagenda:
L =
K =
F =
J =
Lagu
Kelancaran
Fasohah
Jumlah


Tilawah al-Qur'an
Nama
T
K
F
J
Johan
Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
36
23
20
79
N Johan
Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
37
20
20
77
Ketiga
Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
31
20
18
69
4. Nur Najihah bt. Mohamad Herman
35
14
14
63
5. Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
32
15
15
62
6. M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
30
12
10
52


Hafazan Surah Lazim (6-9 tahun)
Nama
T
K
F
J
Johan
Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
35
23
20
78
N Johan
Siti Zulaikha bt. Jamal
34
23
20
77
Ketiga
M. Akif b. Mohamad Herman
34
23
18
75
4. M. Hazriq Hamka
34
20
18
72
5. Hidayatul Ain Nabila
32
18
15
65
6. Hafiza bt. Mat Ariff
31
15
15
61
7. Nurul Shazrina bt. Zolkipli
30
8
10
48


Hafazan Surah Lazim (10-12 tahun)
Nama
T
K
F
J
Johan
Muhammad Iqram b. Shaharuddin
38
27
25
90
N Johan
Nur Husnina bt. Kamaruddin
37
27
25
89
Ketiga
Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
35
25
20
80
4. Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
30
10
17
57
5. Syazwani bt. Zolkipli
23
15
15
53
6. Noor Ilyana bt. A. Zahir
25
10
15
50
Lagenda:
L =
K =
F =
J =
Lagu
Kelancaran
Fasohah
Jumlah

Pusat Perubatan Sekitar BBBangi

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8736.1333
Faks: +6.03.8736.7527

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Tel: +6.03.8747.5555
Faks: +6.03.8947.5210

Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 7
62250 Putrajaya
Tel: +6.03.8312.4200
Faks: +6.03.8888.0137

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.2615.5555
Faks: +6.03.2691.1681

Institut Perubatan Respiratori
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.4023.2966
Faks: +6.03.4021.8807

Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd
No. 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8926.6060
Faks: +6.03.8926.6067

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
No. 34, Medan Pusat Bandar 1 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6 03 8925 2525
Faks: +6.03.8925.9525

Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
17, Jalan 6C/5, Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi

Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd
No. 62, Jln Raja Haroun
43000 Kajang

Pusat Perubatan Kajang Plaza Sdn. Bhd.
36A-C, Jalan Dato' P. Alagendra 2
Kajang Plaza
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.7077/6066
Faks: +6.03.8739.5055

KPJ Kajang Specialist Hospital
Batu 14, Jln. Cheras
43000 Kajang
Tel: +6.03.8769.2884
Faks: +6.03.8769.2831

Klinik Kerajaan Sekitar BBBangi

Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.5764

Klinik Desa Bangi Lama
43000 Kajang
Tel: +6.03.8920.2534

Klinik Desa Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang
Tel: +6.03.8926.3446

Klinik Desa Jenderam
43800 Dengkil
Tel: +6.03.8768.9868

Klinik Desa Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Tel: +6.03.8925.5809

Klinik Desa Sungai Ramal Luar
Jalan Mentri, 43000 Kajang

Klinik Pergigian Kerajaan Sekitar BBBangi

Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Klinik Pergigian Kajang
Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8734.0360

Klinik Pergigian Dengkil
43800 Dengkil
Tel/Faks: +6.03.8768.6355

Keselamatan / Keperluan Am BBBangi

Kecemasan
999

Pejabat DUN Bangi
+6.03.8925.0891

Talian Nur
1.5999

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
+6.03.8736.2222

Balai Polis BBBangi
+6.03.8925.0282

Balai Bomba BBBangi
+6.03.8925.4444

Syabas Perkhidmatan
+6.03.7781.4455

Syabas Aduan
1.800.88.5252

Syabas: Gangguan Bekalan Air
Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

Alam Flora
1.800.88.0880

TNB Aduan
1.5454

Indah Water Perkhidmatan
+6.03.2284.7828

Indah Water Pembayaran
1.800.88.3495

JKR Aduan Kerosakan
1.800.55.5004

MPKj Aduan
+6.03.8736.8017

Telekom Direktori
103

Telekom Aduan
100 atau
1.300.888.123

FEEDJIT Live Feed

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP