Showing posts with label surau. Show all posts
Showing posts with label surau. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Kutipan Sumbangan Ikhlas Sempena Ramadhan 1432H

Perbincangan antara para peserta Gotong-Royong Surau [http://on.fb.me/qlSQuw] pada Ahad lalu telah bersetuju mengadakan Kutipan Sumbangan Ikhlas bagi menampung perbelanjaan Surau sepanjang Ramadhan ini dan juga seterusnya.

Perbelanjaan merangkumi penyenggaraan am, moreh, majlis berbuka puasa, saguhati petugas / jemputan, sumbangan khas, dan sebagainya.

Oleh itu pihak Surau dengan rendah hati (dengan bantuan semua Ketua Blok, insya’Allah) akan mengadakan satu program ziarah rumah ke rumah bagi tujuan mengumpul dana ini pada:

TARIKH : 28 JULAI 2011 • KHAMIS
WAKTU : SELEPAS MAGHRIB / ISYA’

Pihak Surau juga mengalu-alukan sumbangan barangan seperti teh, kopi, gula, susu pekat, sirap, dan sebagainya.

Sumbangan barangan ini boleh disalurkan melalui:
PN ROSNAH DARUS ST4–4–6 : +6.017.325.5997

Untuk sumbangan lain dan sumbangan kewangan lain ataupun sumbangan lain dari pihak luar, sila rujuk/berhubung dengan Pengerusi, En Mazlan di ST2–3–5 Telefon: +6.012.372.3027

Sebagai tanda penghargaan, setiap penyumbang akan diberikan cenderahati (yang tak seberapa, sementara stok masih ada) dari pihak Surau, insya’Allah.

Kerjasama dan sokongan tuan-tuan amatlah kami dihargai, dan Allah s.w.t. sahajalah yang dapat membalas sumbangan dan niat ikhlas tuan.

Terima kasih. Jazakallahu khoiron kathiira.

“Bandingan pahala bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, adalah ibarat sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada setiap tangkai itu terdapat seratus biji; dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas Rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (al-Baqarah: 261)

Saturday, May 28, 2011

Siri Ceramah Motivasi Surau Seri Tanjung

Siri Ceramah Motivasi Surau Seri Tanjung

oleh
Ustaz Masridzi Sat
Presiden
Pertubuhan Kebajikan Islah (PERKID) Malaysia

Sabtu • 28 Mei 2011 • 24 JamadilAkhir 1432H

Selepas Solat Maghrib
di Surau Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Jemputlah Datang Beramai-Ramai

Jamuan Ringan Disediakan

Sunday, November 14, 2010

Solat Eid ul-Adha & Qurban Perdana 1431H

Solat Eid ul-Adha 1431H
Buat julung kalinya, Surau Seri Tanjung akan mengadakan Solat Sunat Eid ul-Adha untuk tahun 1431H ini, pada pagi Rabu, 10 dZulhijjah, bersamaan 17hb November 2010. Acara bersejarah ini akan bermula pada jam 8:00 pagi, insya'Allah. Imam & Khatib bertugas ialah al-Ustaz Haji Ahmad Baei bin Jaafar.

Semua ahli Qari'ah dan umat Islam lain yang tidak balik kampung adalah dijemput menunaikan Solat Sunat Eid ul-Adha tuan-puan di sini.

Qurban Perdana Seri Tanjung 1431H
Ibadah Qurban di Seri Tanjung pada tahun 1431H ini akan dilaksanakan sejurus selesai Solat Sunat Eid ul-Adha, di perkarangan Surau Seri Tanjung.

Qurban kali ini akan menyaksikan penyembelihan lima (5) ekor lembu dengan penyertaan 35 peserta Qurban. Ahli Qari'ah Surau Seri Ranjung yang tidak balik kampung semua dijemput untuk membantu menjayakan majlis yang mulia ini.

Upacara anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dan Persatuan Penduduk Seri Tanjung ini juga akan menyediakan jamuan sempena Qurban ini, dan persiapan memasak bermula pada malam Hari Raya, iaitu pada hari Selasa, 16hb November 2010, selepas Solat Isya. Mana-mana ahli Qari'ah yang berkesempatan dijemput datang membantu persiapan ini.

Datanglah beramai-ramai. Semoga Allah memberkati usaha ikhlas kita bersama ini.

Kepada yang balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Selamat pergi, dan selamat kembali.

Selamat Hari Raya Eid ul-Adha 1431H.

Saturday, March 27, 2010

Mesyuarat Khas Pencalonan Pegawai & Jawatankuasa Surau Sesi 2010–2013

NOTIS SINGKAT

Mesyuarat Khas Pencalonan
Pegawai & Jawatankuasa Surau
Surau Seri Tanjung
Sesi 2010–2013

Tarikh: 27 Mac 2010 • 11 Rabi’ul Akhir 1431H
Hari: Sabtu
Masa: 9:00 malam (Selepas solat Isya)
Tempat: Dewan Solat Utama, Surau Seri Tanjung
Pengerusi: Ustaz Imam Supaat Abd Rahman
Imam Besar, Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Pendaftaran bermula selepas sahaja solat Maghrib.

Sila bawa Borang Pendaftaran Anak Kariah yang telah lengkap diisi bersama salinan Kad Pengenalan.

Bagi yang belum lagi melengkapkan Borang Pendaftaran Anak Kariah, sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan anda.

Kehadiran tuan-puan (muslimin & muslimat) sangatlah diharapkan bagi membantu melancarkan lagi Mesyuarat Khas ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mazlan ST235 di 012.372.3027 atau En. Amri di 012.200.4800

Terima kasih.

Pengerusi
Surau Seri Tanjung

Saturday, January 2, 2010

Program Tabung Korban 1431H

Tarikh: 1 Januari 2010M
  15 Muharram 1431H

Kepada
Warga Pangsapuri Seri Tanjung
Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan



Tuan/Puan yang dihormati,



PROGRAM TABUNG KORBAN/AQIQAH
SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 2010M/1431H


Merujuk perkara yang tersebut di atas.



Bersempena dengan Hari Raya Korban tahun 2010M/1431H, Surau Seri Tanjung dan Persatuan Penduduk Seri Tanjung (PPST) akan melancarkan Program Tabung Korban/Aqiqah dengan tabungan bulanan selama 8 bulan.



Harga
:
RM350.00 satu bahagian
Jadual
:

8 x bayaran
(Bermula Januari - Ogos 2010M/
 Muharram - Syaban 1431H)


Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
RM45
RM45
RM45
RM45
RM45
RM45
RM45
RM35


Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Januari 2010M / 29 Muharram1431H. Penyertaan adalah terhad.



Kepada warga Seri Tanjung yang berminat untuk menyertai Program ini (atau inginkan butiran lanjut), sila hubungi dan mengambil Borang Peneyrtaan daripada:


1. En. Yunus Othman   012 976 6185
  Pn. Rosnah bt Darus   017 325 5997
2. En. Amri Adnan   012 200 4800
  Pn. Rosini bt Mat Taib   012 323 9482
3. En. Herman Zidin   012 256 8160


Yang menjalankan tugas,



Amri Adnan
Pengerusi Sessi 2010-2012
Surau Seri Tanjung

Jadual Pengajian Surau Januari 2010

Jadual Pengajian Surau Seri Tanjung
Januari 2010 | Muharram / Safar 1431H

 
Jan
Hari
Waktu
Penceramah
Tajuk/Kitab
Hijrah
2
Sabtu
Maghrib
Ust Ibrahim
Muhammad
Feqah
15 Muharram
3
Ahad
Maghrib
Ust Hj
Ahmad Bustamam
Hashim
Isu-Isu Semasa
16 Muharram
10
Ahad
Maghrib
Ust Hazrul Nizam
Fiqh Aqidah
23 Muharram
16
Sabtu
Maghrib
Ust Hj
Ahmad Bustamam
Hashim
Sejarah
Kerajaan Uthmaniah
30 Muharram
17
Ahad
Maghrib
Ust Jamhari Md. Desa
Akhlak—
Penyakit Hati
1 Safar
24
Ahad
Maghrib
Ust Husaini Mokhtar
Misteri
Solat Suboh
8 Safar
30
Sabtu
Maghrib
Ust Mukhram
Ceramah Jemputan
14 Safar
31
Ahad
Suboh
Ust Shahrul Nizam
Kuliah Umum
15 Safar

 


"Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya
suatu jalan menuju ke syurga."

(diriwayatkan oleh al-Imam Muslim;
Hadis 40 Imam an-Nawawi, No. 36)


SELURUH WARGA SERI TANJUNG DIJEMPUT HADIR

Friday, January 1, 2010

Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Malam Ini

BERNAMA.COM
utama » berita


PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim.

Wednesday, December 16, 2009

Jadual Pengajian Surau Disember 2009

Jadual Pengajian Surau Seri Tanjung
Disember 2009 | Zulhijjah 1430H / Muharram 1431H



Disember Hari Masa Penceramah Tajuk/Kitab Hijrah
13
Ahad
Maghrib
Ust Hazrul Nizam
Fiqh Akidah
26 Zulhijjah
19
Sabtu
Maghrib
Ust Ibrahim Muhd
Ceramah Maal Hijrah
2 Muharram
20
Ahad
Maghrib
Ust Jamhari
Bab Ikhlas
3 Muharram
26
Sabtu
Maghrib
Ust Saharuddin
Ust Zainal Ariffin
Ceramah Jemputan
9 Muharram
27
Ahad
Maghrib
Ust Husaini Mokhtar
Misteri Solat Suboh
10 Muharram

“Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya
suatu jalan menuju ke syurga.”


(diriwayatkan oleh al-Imam Muslim;
Hadis 40 Imam an-Nawawi, No. 36)



SELURUH WARGA SERI TANJUNG DIJEMPUT HADIR

Tuesday, August 25, 2009

Jadual Moreh Ramadhan 1430H

Jadual Membawa Kueh
Moreh Ramadhan 1430H / 2009M
Surau Seri Tanjung 
 
Tarikh
Hari
Blok
1 Ramadhan 22 Ogos
Sabtu
1
2 Ramadhan 23 Ogos
Ahad
2
3 Ramadhan 24 Ogos
Isnin
3
4 Ramadhan 25 Ogos
Selasa
4
5 Ramadhan 26 Ogos
Rabu
5
6 Ramadhan 27 Ogos
Khamis
6
7 Ramadhan 28 Ogos
Jumaat
7
8 Ramadhan 29 Ogos
Sabtu
8
9 Ramadhan 30 Ogos
Ahad
9
10 Ramadhan 31 Ogos
Isnin
10
11 Ramadhan 1 September
Selasa
11
12 Ramadhan 2 September
Rabu
1
13 Ramadhan 3 September
Khamis
2
14 Ramadhan 4 September
Jumaat
3
15 Ramadhan 5 September
Sabtu
4
16 Ramadhan 6 September
Ahad
5
17 Ramadhan 7 September
Isnin
6
18 Ramadhan 8 September
Selasa
7
19 Ramadhan 9 September
Rabu
8
20 Ramadhan 10 September
Khamis
9
21 Ramadhan 11 September
Jumaat
10
22 Ramadhan 12 September
Sabtu
11
23 Ramadhan 13 September
Ahad
1
24 Ramadhan 14 September
Isnin
2
25 Ramadhan 15 September
Selasa
3
26 Ramadhan 16 September
Rabu
4
27 Ramadhan 17 September
Khamis
5
28 Ramadhan 18 September
Jumaat
6
29 Ramadhan 19 September
Sabtu
7
 
Semoga segala sedekah kita di bulan mulia ini
mendapat pahala yang berganda-ganda.

Sunday, May 24, 2009

Ceramah Mingguan

Ceramah Mingguan

Misteri Solat Subuh

Tarikh : 24 Mei 2009 • 29 Jamadil-Awal 1430H
Tempat : Surau Al-Ummah Kelompok Seri Tanjung
Masa : Selepas Maghrib

Penceramah
Ustaz Husaini

Tuesday, March 10, 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

10 Mac 2009 | 13 Rabi'ul Awal 1430H
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H Surau al-Ummah di Pangsapuri Kelompok Seri Tanjung kali ini berjalan lancar, alhamdulillah.
 
Surau Seri Tanjung tidak pernah ketinggalan dalam mera'ikan Maulidur-Rasul setiap kali munculnya 12 Rabi'ul-Awal. Walau bagaimanapun, sambutan tahun ini diadakan sedikit kelainan dengan adanya pertandingan-pertandingan Hafazan Surah-Surah Lazim, Tilawah al-Qur'an, dan Laungan Azan bagi anak-anak Seri Tanjung.
 
Turut diberikan perhatian ialah penindasan regim Zionis terhadap rakyat Palestin, dengan sebuah penayangan video sebelum solat Zohor.
 
Majlis tahun ini yang bermula dengan solat Subuh semalam hingga berakhirnya di waktu Dhuha pagi ini, diselang-selikan dengan Kuliah-Kuliah Subuh, Sesi Taklim dengan hadith pilihan, Qiamullail, Ceramah Maulidur-Rasul, dan acara kemuncak Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan, dan akhirnya disudahi dengan Selawat Penutup. (Sila rujuk aturcara Majlis di catatan sebelum ini.)
 
Makan tengahari adalah ditaja, selain terdapat sedikit jamuan di waktu pagi dan juga di waktu malam.
 
Selalulah diingatkan, Majlis Maulidur-Rasul bukanlah sekadar untuk memperingati kelahiran Rasul kita, tetapi lebih lagi untuk mengingatkan sentiasa diri kita semua untuk menerima secara keseluruhan apa yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
 
Bukan juga setakat memperingati, menghayati, dan menerima secara keseluruhan pengajaran dan perjuangan Rasullullah s.a.w. sahaja, adalah menjadi harapan sambutan kali ini juga dapat memupuk minat anak-anak Seri Tanjung terhadap amal Islami seperti membaca al-Qur'an dan Laungan Azan melalui pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
 
Secara keseluruhannya, sejumlah 21 anak-anak yang telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang dianjurkan. Tujuh (7) orang menyertai Laungan Azan, enam (6) orang menyertai Tilawah al-Qur'an, tujuh (7) orang menyertai Hafazan Surah-Surah Lazim untuk kategori 6 - 9 tahun, dan enam (6) orang menyertai Hafazan untuk kategori 10 - 12 tahun.
 
Keputusan Pertandingan kesemuanya telah dicatatkan di sini sebelum ini. Keputusan juri adalah muktamad.
 

Para Juri, Pengerusi Surau, dan Penjaga Masa

Walaupun penyertaan anak-anak ini dilihat sebagai memberangsangkan, namun sambutan umum daripada warga Seri Tanjung sendiri, khususnya yang beragama Islam, terhadap Majlis yang murni ini pada kali ini adalah agak sedikit hambar.
 
Harapan dan do'a kita ialah agar dapat Allah s.w.t. membuka hati kita dan memberikan kita petunjuk untuk memperbaiki kelemahan kita ini di masa yang akan datang demi perpaduan, keharmonian, dan kemajuan warga Seri Tanjung sendiri. Surau yang ada ini adalah untuk SEMUA warga Seri Tanjung; marilah sama-sama kita mengimarahkannya.
 
Kita di Seri Tanjung ini adalah ibarat sebuah keluarga yang besar--tegur menegur tak jadi halangan. Kalau sesama kita di sini tak boleh tegur menegur ataupun menerima teguran, siapakah lagi yang boleh menegur kita? Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Perlulah kita semua bekerjasama, dan bersikap terbuka.
 

Pengerusi memberi nasihat

Pengerusi, merangkap Penasihat Keseluruhan, Surau al-Ummah dengan rendah hati mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis ini, dan juga kepada para hadirin, terutamanya warga Seri Tanjung, yang datang memberi sokongan kepada aktiviti Surau ini.
 
Impian kita ialah agar meriahnya Majlis ini dapat dipanjangkan ke hari dan majlis lain seterusnya, terutamanya di Surau ini, dengan memenuhkan saf-saf ketika sembahyang lima waktu sekiranya berkesempatan, apatah lagi sembahyang itu tiang agama.
 
Ingatlah bahawa mercu kecemerlangan sebenar sesebuah rumah Allah itu hanyalah boleh diukur dengan bilangan saf yang penuh di awal waktu setiap solat fardhu; terutamanya solat Isya' dan Subuh. Bukannya dengan sejauh mana meriahnya Maulidur-Rasul, solat Tarawikh, penyembelihan Qurban, tahlil arwah dan bacaan Yaasin, jamuan Hari Raya, ataupun upacara berkhatan beramai-ramai di musim cuti sekolah.
 
Kejayaan kita semua bermula dengan sembahyang. Untuk berjaya memakmurkan rumah Allah, kita kena sembahyang di rumah Allah itu.
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 17-18)
Untuk kita yang beriman mencapai kejayaan juga, kita kena sembahyang.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (al-Mukminun: 1-7)
Beberapa gambar sekitar Majlis ini boleh ditonton di sini.
 
: MAM

Sunday, March 8, 2009

Keputusan Keseluruhan Pertandingan Majlis Maulidur Rasul 1430H Surau Seri Tanjung

Penyertaan Keseluruhan Pertandingan
Majlis Maulidur Rasul 1430H
Surau al-Ummah Kelompok Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Bil.
Nama
A
T
H
H
1. Aiman bin Zaki
X
2. Hafiza bt. Mat Ariff
X
3. Hidayatul Ain Nabila
X
4. Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
X
X
5. M. Akif b. Mohamad Herman
X
6. M. Hazriq Hamka
X
7. M. Iqram b. Shaharuddin
X
8. M. Lukman Hakim b. Suhaimi
X
9. M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
X
X
10. Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
X
X
11. Muhamed Khuzairi
X
12. Muhammad Iqram b. Shaharuddin
X
13. Noor Ilyana bt. A. Zahir
X
14. Nur Husnina bt. Kamaruddin
X
15. Nur Najihah bt. Mohamad Herman
X
16. Nurul Shazrina bt. Zolkipli
X
17. Safuan bin Syahrizan
X
18. Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
X
X
19. Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
X
X
20. Siti Zulaikha bt. Jamal
X
21. Syazwani bt. Zolkipli
X
Lagenda:
A =
T =
H6 =
H10 =
Laungan Azan;
Tilawah al-Qur'an;
Hafazan Kategori 6-9 tahun;
Hafazan Kategori 10-12 tahun.
Juri
1. Ustaz M. Fattah Shamsuddin
2. Ustaz Syaifullah

 

Anak-anak Seri Tanjung yang mengambil bahagian
di dalam Majlis Sambutan Maulidur-Rasul 1430H/2009M
Surau al-Ummah Seri Tanjung.

 
Laungan Azan
Nama
L
K
F
J
Johan
M. Iqram b. Shaharuddin
39
25
25
89
N Johan
M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
38
25
25
88
Ketiga
Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
37
20
23
80
4. M. Lukman Hakim b. Suhaimi
26
15
15
56
5. Muhamed Khuzairi
30
15
10
55
6. Safuan bin Syahrizan
27
13
13
53
7. Aiman bin Zaki
25
14
13
52
Lagenda:
L =
K =
F =
J =
Lagu
Kelancaran
Fasohah
Jumlah


Tilawah al-Qur'an
Nama
T
K
F
J
Johan
Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
36
23
20
79
N Johan
Muhamed Faiz Fahmi b. Shamsullizam
37
20
20
77
Ketiga
Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
31
20
18
69
4. Nur Najihah bt. Mohamad Herman
35
14
14
63
5. Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
32
15
15
62
6. M. Syazrul Izmer b. Omar Amri
30
12
10
52


Hafazan Surah Lazim (6-9 tahun)
Nama
T
K
F
J
Johan
Siti Saidatul Aisyah bt. Jamal
35
23
20
78
N Johan
Siti Zulaikha bt. Jamal
34
23
20
77
Ketiga
M. Akif b. Mohamad Herman
34
23
18
75
4. M. Hazriq Hamka
34
20
18
72
5. Hidayatul Ain Nabila
32
18
15
65
6. Hafiza bt. Mat Ariff
31
15
15
61
7. Nurul Shazrina bt. Zolkipli
30
8
10
48


Hafazan Surah Lazim (10-12 tahun)
Nama
T
K
F
J
Johan
Muhammad Iqram b. Shaharuddin
38
27
25
90
N Johan
Nur Husnina bt. Kamaruddin
37
27
25
89
Ketiga
Hidayatul Husna bt. Md. Radhi
35
25
20
80
4. Shahrul Faiz b. Mohd Ariff
30
10
17
57
5. Syazwani bt. Zolkipli
23
15
15
53
6. Noor Ilyana bt. A. Zahir
25
10
15
50
Lagenda:
L =
K =
F =
J =
Lagu
Kelancaran
Fasohah
Jumlah

Friday, February 27, 2009

Ceramah Mingguan

Ceramah Mingguan

Pengaruh Freemason Terhadap Umat Islam

Tarikh : 1 Mac 2009 • 4 Rabi'ul-Awal 1430H
Tempat : Surau Al-Ummah Apartment Seri Tanjung
Masa : Selepas Maghrib

Penceramah
Ustaz Hj Bustamam

Sunday, February 22, 2009

Majlis Maulidur Rasul 1430H

Surau Seri Tanjung menganjurkan
Majlis Maulidur Rasul 1430H
 

Tarikh

: 8 & 9 Mac 2009

Masa

: Surau Seri Tanjung
 
Aturcara
 
8 Mac 2009 (Ahad)
6:00 pagi
:

Solat Subuh


Kuliah Subuh: Ustaz Zainal Ariffin

R E H A T
8:45 pagi
:
Ucapan Pengerusi Surau Seri Tanjung
9:00 pagi
:
Acara: Hafazan + Tilawah + Azan
10:30 pagi
:
Jamuan
11:00 pagi
:
Acara: Hafazan + Tilawah + Azan
12:30 tengahari
:
Tayangan Slide: Palestine

Taklim: Hadis Pilihan--Ustaz Akmam

1:15 petang
:
Jamuan Tengahari
Solat Zohor
R E H A T
4:30 petang
:
Solat Asar
R E H A T
7:30 malam
:
Solat Maghrib
8:00 malam
:
Ceramah Maulidur Rasul: Ustaz Mahadi Mohd Noh
9:30 malam
:
Solat Isyak

Jamuan
Penyampaian Hadiah

9 Mac 2009 (Isnin)
3:30 pagi
:
Qiamullail: Ustaz M. Fattah Syamsuddin
6:00 pagi
:
Solat Subuh

Kulah Subuh: Ustaz M. Fattah Syamsuddin

8:30 pagi
:
Selawat Penutup

Jamuan

 
Semua Penduduk Dijemput Hadir
Membawa Juadah Dialu-alukan

Kutipan Derma Surau

Sukacita dimaklumkan Surau Seri Tanjung akan mengadakan kutipan derma rumah ke rumah di Pangsapuri Seri Tanjung pada tarikh-tarikh dan masa seperti berikut:



Tarikh

:27 & 28 Feb 2009

Masa

:Selepas Maghrib

Wang sumbangan tersebut akan diguna untuk menampung kos aktiviti seperti:



Majlis Maulidur Rasul, Majlis Solat Sunat Tarawih,
Sambutan Maal Hijrah, Kuliah-Kuliah Agama, dan lain-lain.


Semoga dengan setiap sen yang tuan/puan sumbangkan akan menjadi saham pahala yang berganda-ganda dan dapat dinikmati oleh seluruh penduduk. Insya'Allah.



Pengerusi Surau,
Mohd Radhi Juhari

Sunday, January 25, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Surau Seri Tanjung akan menganjurkan sebuah Kursus Pengurusan Jenazah pada hari Ahad, 25hb Januari 2009, bersamaan dengan 28 Muharram 1430H, bermula dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari.
 
Kursus ini akan dikendalikan oleh Ustaz Kamaruddin dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Semua warga Seri Tanjung dijemput hadir.

Sunday, November 30, 2008

Majlis Ibadah Qurban 1429H

Surau Seri Tanjung akan mengelolakan ibadah qurban sempena Hari Raya Eidil Adha tahun ini pada 11 Disember 2008, bersamaan dengan 13 Dzulhijjah 1429H.

Tempat
Surau Seri Tanjung, Blok ST6

Tarikh
11 Disember 2008, Khamis

Qurban
1 ekor lembu

Masa
8:00 pagi

Pengagihan
11:30 pagi


Selamat Hari Raya Eidil Adha

Pusat Perubatan Sekitar BBBangi

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8736.1333
Faks: +6.03.8736.7527

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Tel: +6.03.8747.5555
Faks: +6.03.8947.5210

Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 7
62250 Putrajaya
Tel: +6.03.8312.4200
Faks: +6.03.8888.0137

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.2615.5555
Faks: +6.03.2691.1681

Institut Perubatan Respiratori
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.4023.2966
Faks: +6.03.4021.8807

Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd
No. 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8926.6060
Faks: +6.03.8926.6067

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
No. 34, Medan Pusat Bandar 1 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6 03 8925 2525
Faks: +6.03.8925.9525

Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
17, Jalan 6C/5, Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi

Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd
No. 62, Jln Raja Haroun
43000 Kajang

Pusat Perubatan Kajang Plaza Sdn. Bhd.
36A-C, Jalan Dato' P. Alagendra 2
Kajang Plaza
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.7077/6066
Faks: +6.03.8739.5055

KPJ Kajang Specialist Hospital
Batu 14, Jln. Cheras
43000 Kajang
Tel: +6.03.8769.2884
Faks: +6.03.8769.2831

Klinik Kerajaan Sekitar BBBangi

Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.5764

Klinik Desa Bangi Lama
43000 Kajang
Tel: +6.03.8920.2534

Klinik Desa Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang
Tel: +6.03.8926.3446

Klinik Desa Jenderam
43800 Dengkil
Tel: +6.03.8768.9868

Klinik Desa Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Tel: +6.03.8925.5809

Klinik Desa Sungai Ramal Luar
Jalan Mentri, 43000 Kajang

Klinik Pergigian Kerajaan Sekitar BBBangi

Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Klinik Pergigian Kajang
Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8734.0360

Klinik Pergigian Dengkil
43800 Dengkil
Tel/Faks: +6.03.8768.6355

Keselamatan / Keperluan Am BBBangi

Kecemasan
999

Pejabat DUN Bangi
+6.03.8925.0891

Talian Nur
1.5999

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
+6.03.8736.2222

Balai Polis BBBangi
+6.03.8925.0282

Balai Bomba BBBangi
+6.03.8925.4444

Syabas Perkhidmatan
+6.03.7781.4455

Syabas Aduan
1.800.88.5252

Syabas: Gangguan Bekalan Air
Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

Alam Flora
1.800.88.0880

TNB Aduan
1.5454

Indah Water Perkhidmatan
+6.03.2284.7828

Indah Water Pembayaran
1.800.88.3495

JKR Aduan Kerosakan
1.800.55.5004

MPKj Aduan
+6.03.8736.8017

Telekom Direktori
103

Telekom Aduan
100 atau
1.300.888.123

FEEDJIT Live Feed

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP