Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Kutipan Sumbangan Ikhlas Sempena Ramadhan 1432H

Perbincangan antara para peserta Gotong-Royong Surau [http://on.fb.me/qlSQuw] pada Ahad lalu telah bersetuju mengadakan Kutipan Sumbangan Ikhlas bagi menampung perbelanjaan Surau sepanjang Ramadhan ini dan juga seterusnya.

Perbelanjaan merangkumi penyenggaraan am, moreh, majlis berbuka puasa, saguhati petugas / jemputan, sumbangan khas, dan sebagainya.

Oleh itu pihak Surau dengan rendah hati (dengan bantuan semua Ketua Blok, insya’Allah) akan mengadakan satu program ziarah rumah ke rumah bagi tujuan mengumpul dana ini pada:

TARIKH : 28 JULAI 2011 • KHAMIS
WAKTU : SELEPAS MAGHRIB / ISYA’

Pihak Surau juga mengalu-alukan sumbangan barangan seperti teh, kopi, gula, susu pekat, sirap, dan sebagainya.

Sumbangan barangan ini boleh disalurkan melalui:
PN ROSNAH DARUS ST4–4–6 : +6.017.325.5997

Untuk sumbangan lain dan sumbangan kewangan lain ataupun sumbangan lain dari pihak luar, sila rujuk/berhubung dengan Pengerusi, En Mazlan di ST2–3–5 Telefon: +6.012.372.3027

Sebagai tanda penghargaan, setiap penyumbang akan diberikan cenderahati (yang tak seberapa, sementara stok masih ada) dari pihak Surau, insya’Allah.

Kerjasama dan sokongan tuan-tuan amatlah kami dihargai, dan Allah s.w.t. sahajalah yang dapat membalas sumbangan dan niat ikhlas tuan.

Terima kasih. Jazakallahu khoiron kathiira.

“Bandingan pahala bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, adalah ibarat sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada setiap tangkai itu terdapat seratus biji; dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas Rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (al-Baqarah: 261)

Sunday, May 15, 2011

Peringatan Keselamatan

Logo PPST

Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
No. Pendaftaran: 1151–04–7


d/a Pejabat Pengurusan Harta, Tingkat Bawah Blok ST7,
Kelompok Seri Tanjung, Jalan 7/1E, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

 

15 Mei 2011

 
PEMBERITAHUAN & PERINGATAN
 

Kepada Semua Penduduk Pangsapuri Seri Tanjung:

TOLONG BERKERJASAMA DALAM MENCEGAH JENAYAH DI SERI TANJUNG & JUGA KENAL-MENGENAL ANTARA JIRAN ANDA DENGAN LEBIH RAPAT
  • Diminta semua penduduk agar senantiasa berhati-hati dan berwaspada tentang keselamatan dan aspek yang membolehkan memBUKA ruang kepada penjenayah/pencuri.
  •  
  • PPST menyarankan kepada semua penduduk yang masih menggunapakai mangga jenis SOLEX® biasa agar segera menukar kepada jenis lain dan memasang selak pintu agar dapat mencegah kejadian pecah rumah yang semakin berluasa. (DAH BANYAK KES DAH)
  •  
  • PPST juga menasihatkan agar penduduk menyimpan nombor telefon jiran atau penduduk lain yang senang dihubungi jika meragui seseorang atau terlibat jenayah. (Nombor Ketua Blok, Jiran, atau Jiran Muda ST.) Nombor berkenaan hendaklah penduduk dapatkan segera. CEGAH SEBELUM PARAH.
Untuk Rujukan Semua Penduduk
AJK PPST
Pengerusi
En Amran Ismail
ST8
012.269.3287
Timbalan Pengerusi
En Md Hizaiudin Yahaya
ST9
019.228.7642
Setiausaha
En Norezuan Saat
ST9
019.370.3827
Timbalan Setiausaha
–
Bendahari
En Hamizan Ishak
ST6
013.307.0541
Timbalan Bendahari
En Mohamad Amin
ST4
019.235.3785
KETUA-KETUA BLOK
En Zolkiflee Solip
ST1
019.565.0955
En Ismadi Hj Ismail
ST2
012.302.5270
En Mazli Hj Bakri
ST3
019.387.2027
En Kamaruddin Abdul Rashid
ST4
019.280.0999
En Che Abdul Rahman Hamat
ST5
019.395.2384
En Muhammad Zaki Mohd Tahar
ST6
016.238.2654
En Samsul Lizam Ahmad
ST7
012.664.2385
En Hashim Hj Gundah
ST8
012.293.4977
Cikgu Nor Azman Ja'apar
ST9
012.317.6559
En Shaharudin Abdul Wahid
ST10
019.234.0240
En Samsuddin Rashidi
ST11
017.395.1864
LAIN-LAIN
Pengerusi Kawasan
Rukun Tetangga (KRT)
Ustaz Hj Ahmad Baei Hj Jaafar
ST8
017.884.4013
Pengerusi Badan
Pengurusan Bersama (JMB)
En Omar Amri Hj Adnan
–
012.200.4800
Pengerusi Surau
Seri Tanjung
En Mazlan Abdul Malik
ST2
012.372.3027
Pegawai PDRM
Kawasan Seri Tanjung
En Khairul
–
012.246.8918
Pengerusi Jiran Muda KRT
Muhammad Ariff (Angah) Abdullah
ST2
017.627.3590
 

Nota: Kepada sesiapa yang belum mendaftar menjadi ahli PPST, hubungi Ketua Blok untuk menjadi ahli (yuran RM12.00 setahun, yang baru tambah RM3.00 untuk pendaftaran).

 

AMRAN BIN ISMAIL
Pengerusi PPST

Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Telefon: +6.012.269.3287

Notis Caj Penyenggaraan (Maintenance Fee) dan Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)

JMB SERI TANJUNG
Badan Pengurusan Bersama
Pangsapuri Kelompok Seri Tanjung,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (0196/2010)



Di bawah pengurusan
Anzal Property Management [PM(3) 0036]



Pejabat Pengurusan, Tingkat Bawah Blok ST7,
Kelompok Seri Tanjung, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks: 03–8925–7705



Sila bayar Caj Penyenggaraan (Maintenance Fee) dan sumbangan Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund) bermula pada 14 Mei 2011 di pejabat pengurusan, pada waktu pejabat.


Waktu Berurusan
Isnin – Jumaat
:
9:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu
:
9:00 pagi – 1:00 petang
 
 
Waktu Rehat
Isnin – Khamis
:
1:00 petang – 2:00 petang
Jumaat
:
1:00 petang – 2:30 petang
 
 
Tutup
:
Ahad & Hari Cuti Umum


Penting:

Semua pemilik hendaklah membayar Caj Penyenggaraan (Maintenance Fee) dan menyumbang kepada Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund) sebagaimana yang diperuntukan di dalam Akta 663.



Pembayaran yang cepat (prompt) juga adalah penting bagi melancarkan lagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama pangsapuri kita, mempastikan keselesaan hidup masyarakat setempat di Seri Tanjung, dan juga bagi mempastikan pertumbuhan nilai pangsapuri kita.



Mengikut Seksyen 23(5) Akta 663, pemilik boleh dikenakan caj faedah (atau caj perkhidmatan) sebanyak tidak melebihi 10% setahun, bagi pembayaran yang lewat.

  1. Pembayaran dengan cek hendaklah dibuat kepada Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Tanjung, Sek 7, Bandar Baru Bangi.
  2. Bagi pembayaran dengan cek luar kawasan, sila tambahkan komision bank.
  3. Bagi pembayaran secara pemindahan bank, sila kredit ke akaun penyenggaraan bangunan di CIMB 1258-0000-691103.

Terima Kasih.

Friday, May 6, 2011

Perlantikan Pengurus Bangunan & Harta Bersama Bagi Pangsapuri Seri Tanjung, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

JMB SERI TANJUNG
Badan Pengurusan Bersama
Pangsapuri Kelompok Seri Tanjung,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (0196/2010)



Di bawah pengurusan
Anzal Property Management [PM(3) 0036]



Pejabat Pengurusan, Tingkat Bawah Blok ST7,
Kelompok Seri Tanjung, Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon/Faks: 03–8925–7705



Tarikh: 6 Mei 2011
Kepada: Semua Pemilik/Penghuni Pangsapuri Seri Tanjung



PERLANTIKAN PENGURUS BANGUNAN & HARTA BERSAMA BAGI PANGSAPURI SERI TANJUNG, SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI



Merujuk kepada perkara di atas. Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Tanjung, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, bagi pihak 580 unit pembeli/penghuni dalam 11 blok, telah melantik Anzal Property Management (APM) sebagai pengurus bangunan dan harta bersama untuk seluruh kawasan Pangsapuri Seri Tanjung bermula 1hb April 2011.



Selaku pengurus bangunan dan harta bersama yang berdaftar, APM akan melaksanakan urusan seperti berikut:

  1. Melaksanakan Caj Penyenggaraan dan kos perkhidmatan yang berpatutan.
  2. Melaksanakan sistem pengurusan untuk mengendalikan bayaran untuk Caj Penyenggaraan, Kumpulan Wang Penjelas, perkhidmatan, pentadbiran, utiliti, dan lain-lain.
  3. Melaksanakan sistem penyenggaraan dan pengurusan yang mantap iaitu mengendalikan laporan hal kerosakan harian, dan kerja-kerja membersih dan membaikpulih kemudahan dan kelengkapan awam.

Bayaran untuk Caj Penyenggaraan (Maintenance Fees) adalah RM30.00 sebulan dan sumbangan untuk Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund) adalah RM3.00 sebulan. Oleh itu, jumlah bayaran perkhidmatan yang perlu dijelaskan oleh setiap unit pemilik/penghuni adalah sebanyak RM33.00 sebulan.



Lokasi Pejabat Urusan adalah di Tingkat Bawah, Blok ST7, Pangsapuri Seri Tanjung, Jalan 7/1E, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Telefon/Faks: 03–8925–7705.


Jadual Waktu Pejabat Urusan
Waktu Buka
:
Isnin – Jumaat
:
9:00 pagi – 5:00 petang
 
:
Sabtu
:
9:00 pagi – 1:00 petang
Waktu Rehat
:
Isnin – Khamis
:
9:00 pagi – 1:00 petang
:
Jumaat
:
12:30 petang – 2:30 petang

Sekian dan terima kasih atas kerjasama dan sokongan tuan/puan.



"Bersama-sama kita mewujudkan suasana kediaman yang bersih dan selesa."



Yang benar,



Hasidin Abdul Rashid
Setiausaha
Badan Pengurusan Bersama
Pangsapuri Kelompok Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Monday, April 25, 2011

Majlis Kejiranan Bacaan Yassin & Tahlil KRT

Logo KRT
KAWASAN RUKUN TETANGGA
PANGSAPURI SEKSYEN 7,
BANDAR BARU BANGI
NO 8-2-2, KELOMPOK SERI TANJUNG, JLN 7/1E, SEKSYEN 7
43650 BANDAR BARU BANGI, SEL.DE


Kepada:
Semua Penduduk Beragama Islam
Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi

Assalamu'alaikum wbt.,


Tarikh: 25 April 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS KEJIRANAN BACAAN YASIN
KAWASAN RUKUN TETANGGA PANGSAPURI SEKSYEN 7, B.B.BANGI


Sukacita dimaklumkan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7 BBB akan menganjurkan satu majlis seperti di bawah:

Tarikh
:
28hb April 2011 (Khamis)
Masa
:
07:20 petang ~ 10:00 malam
Tempat
:
Di Surau Seri Tanjung, Seksyen 7, B.B.Bangi

2. Sehubungan itu pihak kami ingin memaklumkan, majlis ini telah mendapat reaksi yang positif dari beberapa penduduk. Kehadiran di dalam majlis ini, yang telah diadakan sebanyak 2 kali bermula pada 14/4/2011 dan 21/4/2011, ianya telah mendapat sambutan yang sangat baik. Kepada sesiapa yang berhajat untuk membuat tahlil arwah sila berhubung dengan En Mohd Azlan(KRT)-0172751393, En Amran(PPST)-0122693287 atau En Mazlan(Surau)-0123723027.

3. Jadual Majlis Tahlil yang telah diadakan adalah seperti di bawah:

Tarikh
Nama
Catatan
14/4/2011
En. Mazli bin Haji Bakri
ST 3
Selesai
21/4/2011
En. Adnan bin Suki
ST 5
Selesai
28/4/2011
En. Mohd Noor Anas
ST 11
 
5/5/2011
Pn. Rosmawati
ST 11
 

4. Kepada sesiapa yang hendak membuat sumbangan berupa makanan atau duit, bolehlah berhubung terus seperti nama dan nombor talipon di atas.

Bagi pihak penganjur, kami merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih di atas sokongan yang diberikan di dalam menjayakan program ini nanti.

Sekian Terima Kasih.

Wassallam.

Yang benar,

(Mohd Azlan Abd Jalil)
Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7 BBB
"Majlis Kejiranan Bacaan Yassin & Tahlil"

URUSAN PERHUBUNGAN: TEL: 03-51013840, H/P:017-8844013, FAKS:03-51013605

Tuesday, April 12, 2011

Majlis Kejiranan Bacaan Yassin & Tahlil KRT

Logo KRT
KAWASAN RUKUN TETANGGA
PANGSAPURI SEKSYEN 7,
BANDAR BARU BANGI
NO 8-2-2, KELOMPOK SERI TANJUNG, JLN 7/1E, SEKSYEN 7
43650 BANDAR BARU BANGI, SEL.DE


Kepada:
Semua Penduduk Beragama Islam
Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi

Assalamu'alaikum wbt.,
& Salam Perpaduan

JEMPUTAN KE MAJLIS KEJIRANAN BACAAN YASIN
KAWASAN RUKUN TETANGGA PANGSAPURI SEKSYEN 7, B.B.BANGI

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7 BBB akan menganjurkan satu majlis seperti di bawah:

Tarikh
:
14hb April 2011 (Khamis)
Masa
:
07:20 petang ~ 10:00 malam
Tempat
:
Di Surau Seri Tanjung, Seksyen 7, B.B.Bangi

3. Oleh itu semua penduduk dijemput beramai-ramai hadir bagi menjayakan program ini nanti dan kepada sesiapa yang berhajat untuk membuat tahlil arwah sila berhubung dengan En Mohd Azlan(KRT)-0172751393, En Amran(PPST)-0122693287 atau En Mazlan(Surau)-0123723027. Jika di dalam satu-satu masa, hajat orang untuk membuat tahlil itu ramai, pihak penganjur akan mengadakan bagi malam Jumaat seterusnya dan diharapkan bacaan Yassin ini dapat diteruskan.

4. Kepada sesiapa yang hendak membuat sumbangan berupa makanan atau duit, bolehlah berhubung terus seperti nama dan nombor talipon di atas.

Bagi pihak penganjur, kami merakamkan ucapan penghargaan dan terimakasih di atas sokongan yang diberikan di dalam menjayakan program ini nanti.

Sekian Terima Kasih.

Wassallam.

Yang benar,

(Mohd Azlan Abd Jalil)
Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7 BBB
"Majlis Kejiranan Bacaan Yassin & Tahlil"

URUSAN PERHUBUNGAN: TEL: 03-51013840, H/P:017-8844013, FAKS:03-51013605

Tuesday, December 14, 2010

Takziah untuk En Lanang

Seri Tanjung mengucapkan takziah kepada En. Mohd Lanang Alias di atas pemergian ayah mentua beliau ke rahmatullah pagi tadi di rumahnya di Teluk Pelanduk, Port Dickson. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman.

انّا للہ وانّا الیہی رجیعون الفاتحة

Wednesday, July 28, 2010

Program U Bersama PPST

Assalaamu'alaikum wrb

Kepada Semua Warga Seri Tanjung (Pemilik/Penyewa)
Perkara Program U Bersama PPST

Sehubungan dengan perkara di atas pihak PPST akan mengadakan satu program iaitu U BERSAMA PPST yang akan diadakan pada 1 Ogos 2010 (Ahad) bermula 8:30 pagi hingga 2:00 petang.



  1. Progrsam ini akan melibatkan pelajar-pelajar UNITEN, Bangi iaitu seramai 540 orang dengan dibantu oleh warga Seri Tanjung.

  2. Memo Pekelilingan akan ditampal di setiap blok masing-masing. Segala aktiviti dan penyertaan dalam acara Sukaneka hendaklah menghubungi KETUA BLOK masing-masing.

  3. Di sini PPST ingin meminta jasa baik semua warga Seri Tanjung untuk menyumbang dana sebanyak RM10.00 setiap buah rumah di Kelompok Seri Tanjung bagimenampung perbelanjaan program tersebut. Dana ini adalah bertujuan untuk jamuan makan pelajar-pelajar UNITEN dan juga warga Seri Tanjung yang terlibar secara langsung atau tidak dengan program tersebut.

  4. Kutipan bagi dana tersebut akan dijalankan atau dikutip oleh Ketua Blok masing-masing pada 20 Ogos 2010 pukul 9:00 malam hingga 10:00 malam atau boleh terus sendiri bagi kepada Ketua Blok masing-masing.

Kerjasama atau sokongan dari seluruh warga Seri Tanjung amat pihak PPST berterima kasih dan menguatkan lagi semangat AJK-AJK PPST dalam meneruskan kesinambungan peranan PPST dalam masyarakat SERI TANJUNG khasnya.



Saya Yang Menjalankan Amanah,



Amran bin Ismail

Saturday, March 27, 2010

Mesyuarat Khas Pencalonan Pegawai & Jawatankuasa Surau Sesi 2010–2013

NOTIS SINGKAT

Mesyuarat Khas Pencalonan
Pegawai & Jawatankuasa Surau
Surau Seri Tanjung
Sesi 2010–2013

Tarikh: 27 Mac 2010 • 11 Rabi’ul Akhir 1431H
Hari: Sabtu
Masa: 9:00 malam (Selepas solat Isya)
Tempat: Dewan Solat Utama, Surau Seri Tanjung
Pengerusi: Ustaz Imam Supaat Abd Rahman
Imam Besar, Masjid al-Hasanah Bandar Baru Bangi

Pendaftaran bermula selepas sahaja solat Maghrib.

Sila bawa Borang Pendaftaran Anak Kariah yang telah lengkap diisi bersama salinan Kad Pengenalan.

Bagi yang belum lagi melengkapkan Borang Pendaftaran Anak Kariah, sila bawa bersama salinan Kad Pengenalan anda.

Kehadiran tuan-puan (muslimin & muslimat) sangatlah diharapkan bagi membantu melancarkan lagi Mesyuarat Khas ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mazlan ST235 di 012.372.3027 atau En. Amri di 012.200.4800

Terima kasih.

Pengerusi
Surau Seri Tanjung

Wednesday, March 17, 2010

Takziah Untuk Abg Din

Warga Seri Tanjung mengucapkan takziah kepada keluarga Abang Din ST10-4-4 (En. Shaharudin Abdul Wahid @ Din Bas Sekolah) di atas kepulangan bondanya, Zaimah Abu Sari, 76 tahun, ke Rahmatullah petang semalam di rumah beliau di Seri Tanjung. Allahyarham Bondanya meninggal dunia akibat sakit tua.



Jenazah Allahyarham telah dihantar pulang ke kampungnya di Kg. Morib, Banting, malam tadi selepas Solat 'Isya dan Majlis Tahlil, menggunakan van jenazah Surau al-Ikhlas (Taman Kajang Mewah, Sg Chua), untuk dikebumikan di sana.



Pihak Surau Seri Tanjung akan menganjurkan Majlis Yaasiin & Tahlil 3 hari ini sempena pemergian Allahyarham.



انّا للہ و انّا الیہی رجیعون

الفاتحة

al-Fatihah.

Saturday, March 13, 2010

Notis Mesyuarat Agong Tahunan ke-4

NOTIS! NOTIS! NOTIS!

Mesyuarat Agong Tahunan ke-4

Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

28 Mac 2010 | Ahad | 8:30 pagi
Tingkat Bawah Blok ST7

Sila kemaskini status keahlian anda.
Pastikan keahlian anda berstatus aktif.

Untuk menyemak dan/atau mengemaskini keahlian anda,
sila hubungi Ketua Blok anda,
ataupun Setiausaha PPST, En. Rohazmi Mokhtar ST6-4-6.

Sekarang!

Monday, March 1, 2010

Baikpulih Bangunan Seri Tanjung

Kerja-kerja membaikpulih bangunan sedang dijalankan

Bermula
1 Mac 2010 - 1 Jun 2010

Kerjasama anda amatlah dihargai

Kontraktor PKNS

Friday, January 1, 2010

Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Malam Ini

BERNAMA.COM
utama » berita


PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim.

Tuesday, September 29, 2009

Notis Ganguan Bekalan Air Berjadual

Kerja-kerja SYABAS akan dilakukan di Inlet Kolam Air Terminal Bangi 5MG / 4MG, Wilayah Hulu Langat.

KAWASAN TERLIBAT ialah Wilayah Hulu Langat Seksyen 7, 8, 9 dan kawasan Perindustrian Seksyen 10 Bandar Baru Bangi; kawasan perumahan di Jalan Wan Siew; Kampung Sg. Ramal Dalam; Taman Putra Kajang; Taman Kajang Mewah; Taman Kajang Raya; Taman Desa Kekwa/Desa Kiambang; Taman Kwantung Baru; Taman Sepakat Indah; Flat Jalan 1/9, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi; Taman Kajang Impian; Taman Berjaya Baru, Sg. Chua; Taman Sri Intan/Sri Melor; Kg. Baru Cina Sg. Chua; Taman Setia; Taman Kejora; Taman Koperasi LLN; Taman Bidara; Taman Semarak; Taman Saga; Taman Pasir Mas dan Taman Mewah Indah.

29-09-2009 6:00 petang hingga 30-09-2009 5:00 pagi.

Sumber: SYABAS

Wednesday, July 29, 2009

Bola Tampar Antara Blok

Pertandingan Bola Tampar Antara Blok

Tarikh
: 2 Ogos 2009 • Ahad
Masa
: 8:00 pagi - 7:00 petang
Tempat
: Gelanggang Blok ST4
 
Sila datang beramai-ramai, dan beri sokongan kepada blok anda!
Demi perpaduan dan kemajuan Seri Tanjung!!
 
Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Sunday, July 26, 2009

Aktiviti Menjelang Ramadhan 1430H

Ceramah Perdana 2009


Bersama Ustaz Akhil Hayy
15 Ogos 2009 • Sabtu
Malam
 

Gotong Royong Perdana 2009


aktiviti membersihkan blok dan taman kita

mencuci tangga blok • membersih longkang & sampah
mengecat surau • tanaman • lain-lain
16 Ogos 2009 • Ahad
Pagi hingga Petang
 

Kutipan Derma Ikhlas

 
Bagi menjayakan semua program di atas, sejumlah wang diperlukan untuk membeli beberapa barangan termasuk jamuan makan tengahari yang akan disediakan. Oleh itu tuan/puan diharap dapat menderma sebanyak: RM5.00/rumah.
 
Adalah diharapkan tuan/puan dapat menyumbang dengan ikhlas dem perpaduan sesama kita. AJK Persatuan akan mengutip derma tersebut pada tarikh dan masa berikut:
1 & 2 Ogos 2009
9:00 malam sehingga habis
 
Sila ajukan sebarang pertanyaan kepada Ketua Blok anda.
 
Anjuran:
 
Persatuan Penduduk Seri Tanjung
 
bersama
 
Kawasan Rukun Tetangga
Pangsapuri Seksyen 7
Bandar Baru Bangi

Saturday, July 25, 2009

Sempena Menyambut Ramadhan 1430H

Persatuan Penduduk Seri Tanjung dengan Kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sedang mengatur beberapa aktiviti bagi menyambut Ramadhan 1430H yang akan menjelang tiba tak lama lagi.
 
Akhil Hayy
Ceramah Perdana Akhil Hayy
15 Ogos 2009 | 24 Sha'aban 1430H | Sabtu
 
Gotong Royong Perdana 2006
Gotong Royong Perdana Seri Tanjung
16 Ogos 2009 | 24 Sha'aban 1430H | Ahad
 
Sokongan para penduduk Seri Tanjung adalah dialu-alukan. Berita lanjut akan menyusul, ikutinya di sini.

Tuesday, May 5, 2009

Sukaneka Perpaduan MPP

Sukaneka Perpaduan Antara MPP MPKj

Kita Islam sudah merdeka...
Gambar ehsan MPP Zon 23

Tarikh : 10 Mei 2009, Ahad
Masa : 7:30 pagi - 12:30 tengahari
Tempat : Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Tuesday, March 31, 2009

Notis Ganguan Bekalan Air

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (393257-T)
Wilayah Hulu Langat, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-8733 5717 Aduan: 03-8733 1666 Faks: 03-8736 7137
Laman Web: www.syabas.com.my E-mel: puspel@syabas.com.my
 
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR
 
Dimaklumkan bahawa pihak Syabas akan menjalankan kerja-kerja pemasangan Pressure Reducing Valve (PRV) (Kontraktor Jalur Cahaya Sdn Bhd) di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
 
Butir-butir gangguan adalah seperti berikut:
 
Tarikh
: 31 Mac 2009
Masa
: 10:00 pm - 5:00 am
Kawasan
Yang Terlibat
: Taman Sri Intan/
Taman Sri Melor
 
Perhatian:
  1. Sila tutup injap masuk (stop cock) sebelum meter, semasa gangguan tersebut untuk mengelakkan air kotor masuk ke sistem paip perkhidmatan di rumah tuan/puan.
  2. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan bekalan tersebut.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
PUSPEL: 1-800-88-5252
 
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
Sekian, terima kasih.
 
.....
Pengurus Besar Wilayah Hulu Langat
 
Tarikh Notis: 24 Mac 2009
Tarikh Notis Ditampal: 31 Mac 2009 petang.

Wednesday, February 25, 2009

Notis Gangguan Bekalan Air

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (393257-T)
Wilayah Hulu Langat, Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-8733 5717 Aduan: 03-8733 1666 Faks: 03-8736 7137
Laman Web: www.syabas.com.my E-mel: puspel@syabas.com.my
 
NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR
 
Dimaklumkan bahawa pihak Syabas akan menjalankan kerja-kerja ujian tekanan sifar (Kontraktor Jalur Cahaya Sdn Bhd) di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
 
Butir-butir gangguan adalah seperti berikut:
 
Tarikh
: 25 Februari 2009
Masa
: 11:00 pm - 4:00 am
Kawasan
Yang Terlibat
: Seksyen 7
Bandar Baru Bangi
 
Perhatian:
  1. Sila tutup injap masuk (stop cock) sebelum meter, semasa gangguan tersebut untuk mengelakkan air kotor masuk ke sistem paip perkhidmatan di rumah tuan/puan.
  2. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa gangguan bekalan tersebut.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
PUSPEL: 1-800-88-5252
 
Segala kesulitan adalah amat dikesali.
 
Sekian, terima kasih.
 
.....
Pengurus Besar Wilayah Hulu Langat
 
Tarikh Notis: 18 Februari 2009
Tarikh Notis Ditampal: 25 Februari 2009 pagi.

Pusat Perubatan Sekitar BBBangi

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8736.1333
Faks: +6.03.8736.7527

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Tel: +6.03.8747.5555
Faks: +6.03.8947.5210

Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 7
62250 Putrajaya
Tel: +6.03.8312.4200
Faks: +6.03.8888.0137

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.2615.5555
Faks: +6.03.2691.1681

Institut Perubatan Respiratori
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.4023.2966
Faks: +6.03.4021.8807

Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd
No. 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8926.6060
Faks: +6.03.8926.6067

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
No. 34, Medan Pusat Bandar 1 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6 03 8925 2525
Faks: +6.03.8925.9525

Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
17, Jalan 6C/5, Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi

Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd
No. 62, Jln Raja Haroun
43000 Kajang

Pusat Perubatan Kajang Plaza Sdn. Bhd.
36A-C, Jalan Dato' P. Alagendra 2
Kajang Plaza
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.7077/6066
Faks: +6.03.8739.5055

KPJ Kajang Specialist Hospital
Batu 14, Jln. Cheras
43000 Kajang
Tel: +6.03.8769.2884
Faks: +6.03.8769.2831

Klinik Kerajaan Sekitar BBBangi

Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.5764

Klinik Desa Bangi Lama
43000 Kajang
Tel: +6.03.8920.2534

Klinik Desa Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang
Tel: +6.03.8926.3446

Klinik Desa Jenderam
43800 Dengkil
Tel: +6.03.8768.9868

Klinik Desa Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Tel: +6.03.8925.5809

Klinik Desa Sungai Ramal Luar
Jalan Mentri, 43000 Kajang

Klinik Pergigian Kerajaan Sekitar BBBangi

Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Klinik Pergigian Kajang
Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8734.0360

Klinik Pergigian Dengkil
43800 Dengkil
Tel/Faks: +6.03.8768.6355

Keselamatan / Keperluan Am BBBangi

Kecemasan
999

Pejabat DUN Bangi
+6.03.8925.0891

Talian Nur
1.5999

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
+6.03.8736.2222

Balai Polis BBBangi
+6.03.8925.0282

Balai Bomba BBBangi
+6.03.8925.4444

Syabas Perkhidmatan
+6.03.7781.4455

Syabas Aduan
1.800.88.5252

Syabas: Gangguan Bekalan Air
Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

Alam Flora
1.800.88.0880

TNB Aduan
1.5454

Indah Water Perkhidmatan
+6.03.2284.7828

Indah Water Pembayaran
1.800.88.3495

JKR Aduan Kerosakan
1.800.55.5004

MPKj Aduan
+6.03.8736.8017

Telekom Direktori
103

Telekom Aduan
100 atau
1.300.888.123

FEEDJIT Live Feed

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP