Pengetahuan Pencegahan Kebakaran Penting
AHMAD BAEI
BANDAR BARU BANGI - Pengetahuan dan kemahiran mengenai pencegahan kebakaran wajar dimiliki anggota masyarakat sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran di persekitaran mereka.
Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Abdul Khalid Ujang ketika merasmikan Program Keselamatan dan Cara Pencegahan Bersama Bomba Bandar Ehtm Bangi di sini, mengajak penduduk di pangsapuri mengambil peluang untuk belajar cara memadam kebakaran.
Menurutnya, usaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, menganjurkan program ini harus dimanfaatkan semua penduduk kerana peluang ini tidak datang selalu.
Katanya, setiap arang perlu tahu mengguna alat pemadam supaya keadaan tidak menjadi panik apabila berlaku kebakaran sebenar.
"Selain itu, kalau ada alat pemadam itu perlu diservis apabila sampai masanya, kalau tidak, gaga1 digunakan apabila diperlukan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba Bandar Baru Bangi, Sarjan Mishan Benu semasa taklimat pencegahan meminta orang ramai supaya mengawasi anak-anak mereka daripada membuat panggilan palsu terhadap bomba.
Katanya, banyak panggilan palsu yang diterima dan keadaan ini jika dibiarkan kemungkinan akan menyebabkan pihak yang benar-benar perlu lambat diberi bantuan.
Selain itu, Mishan mahu KRT menyediakan alat pemadam api pada setiap blok sebagai peegahan awal sebelum kedatangan bomba.
Program berkenaan dikendalikan Pegawai Bomba dan Penyelamat, Mohd Zamri Hashim mendapat perhatian penduduk yang hadir dengan masing-masing diberi peluang untuk mencubanya.
"Sewaktu berhadapan dengan kebakaran, sesearang itu hendaklah dihadapi dengan tenang dan fokus kepada punca api," kata Zamri ketika ditemui.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, penduduk diberikan latihan cara menggunakan alat pemadam dengan betul dan cara memadam api pada tong gas.
Beberapa penduduk yang ditemui di sini berpuas hati dengan latihan itu sebagai asas bagi menghadapi kebakaran.
0 comments:
Post a Comment