Menganyam & Merebus 2,000 Ketupat
Assalaamu'alaikum/Salam Sejahtera
Tuan/Puan yang dihormati,
Bersempena Hari Raya Korban 1429H ini, Jabatan Perpaduan Daerah Hulu Langat (Rukun Tetangga) akan mengadakan acara Menganyam Ketupat Terbanyak. Sebanyak 122 KRT adalah termasuk di dalam program ini.
Anda semua dipelawa untuk turut serta.
Aturcara:
- 3 Dis
Daun kelapa akan diberikan kepada peserta & menganyam di rumah sendiri
- 5 Dis
Sebelum 12 tengahari
Tarikh/Masa akhir sarung dihantar kepada AJK Pertandingan
- 5 Dis
Dari 5 petang
Mengisi beras ke dalam sarung ketupat di Blok ST5
- 5 Dis
Malam
Merebus sebahagian dari ketupat tersebut di Blok ST5
- 6 Dis
8pagi - 12tengahari
Merebus ketupat di Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi
- Anda dipelawa untuk turut serta
- Hadiah kepada peserta menganyam terbanyak
- Apa juga jenis ketupat yang anda boleh
- Rekod akan dicatit di dalam Malaysia Book of Records
Untuk pertanyaan dan borang penyertaan, sila hubungi AJK:
Seri Tanjung:
017.275.1393
013.678.0511Seri Anggerik & Widuri
017.272.0586
019.618.3374
Anjuran
Jabatan Perpaduan
Daerah Hulu Langat
Jabatan Perpaduan
Daerah Hulu Langat
4 comments:
Assalamualaikum.
Mungkin komen saya tak berkenaan dengan topik. Saya tinggal di ST-8, tengah mencari baby sitter. Boleh ke iklankan di sini. Atau tuan boleh cadangkan sesiapa? terima kasih.
Wa'alaikumussalaam,
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Ini adalah komen pertama di laman ini. Tahniah!!!
Setahu saya di sini ada beberapa "baby sitter." Di ST2 sahaja saya tahu sekurang-kurangnya ada 2 "baby sitter." Satu di tingkat 4, kalau tak silap rm200 sebulan. Satu lagi di tingkat 2, unit 4 (ST2-3-4), tak pasti berapa harga perkhidmatannya. Jengok-jengoklah bertanya.
Baru-baru ini juga ada saya terlihat iklan "baby sitter" di kawasan ini, tapi saya tak sempat untuk mencatitkannya.
Sekali lagi, terima kasih meninggalkan komen. Apa-apa komen membina adalah dialu-alukan.
salamx...
saya disini nak mengutarakan masalah mengenai budak motor yang melepak di bawah st8.. kerana banyak barang barang motor hilang...tambah lagi motor yang di parking dibawah st8. diharap ada tindakan susulan.. sebelum budak budak motor tu kena belasah.....
terima kasih...
salamx..
disini saya nak mengutarakan permasalahan mengenai gejala budak budak motor yang suka melepak di seri tanjung 8. rasanya ada diantara anak anak AJK seri tanjung sendiri.. diharap dapatlah diberikan teguran kepada budak budak motor ini.. sebelum ini pun dah ada polis datang.. tapi still masih jugak melepak.. dahulunya suka membaiki motorsikal sehingga kotor kawasan dibawah seri tanjung 8. nak diikutkan hati saya.. mahu saja saya belasah. tapi memandangkan masing masing dah ada mak bapak.. diharap ada tindakan susulan terhadap anak masing masing. mak bapak kepada budak budak lepak ni pun.. saya tengok selalu ke surau. jadi tak manis lah saya mahu buat dengan tindakan sendiri. bukan apa.. kerana ada saja barang barang motor yang hilang sekiranya di parking motor di bawah seri tanjung 8.
kawasan persekitaran tangga pun kelihatan kotor serta sikap penduduk sendiri.. yang suka meludah di anak tangga..
diharap kita semua ada tanggungjawab..
diharap warga seri tanjung maju kehadapan hanya kerana perpaduan tetapi dengan akhlak keperibadian yang mulia.. salamx
Post a Comment