Thursday, July 29, 2004

Cinta Tidak Berbalas Punca Norzi Ayu Dibunuh

Cinta Tidak Berbalas Punca Norzi Ayu Dibunuh
Utusan Malaysia, Khamis, July 29, 2004
Dalam Negeri, muka 03

Oleh: ISMAIL DAUD

KLANG 28 Julai - Suspek dalam kes pembunuhan Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Norzi Ayu Md. Noor, dipercayai bertindak membunuh mangsa kerana cintanya tidak berbalas.

Adik mangsa, Noorziana Md. Noor berkata, tidak wujud cinta tiga segi dalam kes ini, cuma cinta suspek tidak berbalas dan cemburu.

Kata beliau, kakaknya menganggap suspek sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Katanya, bapa mereka, Md. Noor Dahari juga mengetahui masalah Norzi Ayu dengan suspek.

“Ayah sering menasihatkan kakak supaya berhati-hati, malah ayah sering menziarahi kakaknya di Bandar Baru Bangi bagi memastikan keselamatannya,” katanya.

Tambahnya, suspek itu juga dipercayai terlalu marah dan kecewa melihatkan kakaknya membawa bakal tunangnya selama tiga hari berturut-turut ke satu pertandingan silat yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Jumaat lalu.

“Kakak menjadi juri dalam pertandingan itu dan dia tidak menyangka tindakannya membawa teman lelakinya itu mengundang rasa marah suspek kerana suspek pada masa itu sudah tidak ada sebarang hubungan lagi dengan kakak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Maznah di sini hari ini.

Semalam, Norzi Ayu, 27, mati setelah ditikam pada perut dipercayai oleh bekas teman lelakinya selepas diikat dengan tali pinggang baju silat di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Bangi dekat sini.

Sebelum ditikam dalam kejadian pukul 3 petang kelmarin, Norzi Ayu yang berasal dari Klang dikatakan bertengkar dengan suspek berkenaan di Pangsapuri Seri Tanjung, Taman Seri Tanjung, Bandar Baru Bangi.

Akibat kejadian itu, mangsa telah dimasukkan ke Hospital Kajang tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam kelmarin.

Berikutan itu, suspek yang berusia 23 tahun dan merupakan bekas penuntut UKM dalam jurusan ekonomi di tahan di Hospital Kajang pada malam kelmarin apabila dia dibawa oleh abangnya untuk melawat mangsa.

Noorziana yang sering berkongsi masalah dengan kakaknya itu berkata, pada hujung bulan lepas, kakaknya telah diminta oleh suspek membuat keputusan sama ada memilihnya atau orang lain.

“Kakak berkata dia memilih orang lain (bakal tunangnya).

“Kakak saya juga ada bertanya perkara itu kepada saya dan saya kata, kakak harus mengikut kata hati.

“Kakak akhirnya memilih untuk memutuskan hubungan dengan suspek kerana berpendapat tiada keserasian antara mereka,” katanya.

Noorziana juga terkilan kerana kakaknya itu tidak pulang ke rumah pada hujung minggu lalu seperti biasa kerana demam.

“Kakak kata badannya terasa lemah serta letih selepas mengendalikan pertandingan silat berkenaan,” katanya.

Malah, katanya, Norzi Ayu turut merancang mengambil cuti kecemasan pada hari kejadian untuk berehat dan kembali ke rumah keluarganya di sini pada sebelah petang.

“Jika kakak sihat, dia bukan sahaja akan pulang ke sini (rumah keluarganya) dan terlepas dari kejadian itu tetapi juga mungkin dapat melawan suspek kerana Norzi Ayu sudah mencapai tahap jurulatih dalam Seni Silat Gayung yang disertainya itu,” jelasnya.

Mengenai suspek, Noorziana berkata, seluruh ahli keluarganya mengenali lelaki itu kerana dia telah beberapa kali datang ke rumah mereka.

Malah katanya, keluarga suspek dari Kelantan juga pernah datang berhari raya di rumah mereka.

“Arwah kakak memang agak rapat dengan suspek kerana sama-sama menyertai silat gayung,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Puziah Hassan, 52, masih sebak dengan kehilangan anak sulungnya itu kerana mangsa merupakan anak yang ceria, baik hati, suka menolong orang, sangat rapat dengan ahli keluarganya serta menjadi contoh kepada adik-adiknya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya itu ialah pada 18 Julai lalu semasa Norzi Ayu bersiap untuk ke Melaka bagi membentangkan kertas kerjanya untuk melengkapkan keperluan ijazah sarjananya.

“Dia anak tidak bercakap banyak, rapat dengan adik-adiknya dan sentiasa berterus terang apabila menghadapi masalah.

“Kami semua sayangnya dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya dengan nada perlahan menahan sebak.

2 comments:

Gurindam Jiwa November 6, 2012 at 9:05 AM  

ARKIB : 10/10/2012

Bunuh Norzi Ayu: Rayuan akhir Irawadi ditolak

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 10 Okt. - Bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohammad kekal menjalani hukuman gantung atas kesalahan membunuh teman wanitanya, Norzi Ayu Md. Noor, 27, selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tiada ketidakadilan berlaku sepanjang prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 November 2009 yang mensabitkan Irawadi atas tuduhan membunuh Pegawai Penyelidik Perubatan di Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) Kuala Lumpur, dikekalkan.

Lulusan Ekonomi itu disabitkan membunuh Norzi Ayu, seorang lulusan biologi genetik UKM, di rumah sewa mangsa di No 2-1-6 Blok ST12, Pangsapuri Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 26 Julai 2004.

Irawadi, 30, diwakili oleh peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Imran Hadzalie Abdul Hamid manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Bache. - UTUSAN

© Utusan Melayu (M) Bhd

Gurindam Jiwa November 6, 2012 at 9:56 AM  

Keputusan Penghakiman dalam Mahkamah Rayuan Perbicaraan Jenayah antara Pendakwa Raya dan Irawadi bin Mohammad

1 Jun 2012

Pusat Perubatan Sekitar BBBangi

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8736.1333
Faks: +6.03.8736.7527

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Tel: +6.03.8747.5555
Faks: +6.03.8947.5210

Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 7
62250 Putrajaya
Tel: +6.03.8312.4200
Faks: +6.03.8888.0137

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.2615.5555
Faks: +6.03.2691.1681

Institut Perubatan Respiratori
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.4023.2966
Faks: +6.03.4021.8807

Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd
No. 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8926.6060
Faks: +6.03.8926.6067

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
No. 34, Medan Pusat Bandar 1 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6 03 8925 2525
Faks: +6.03.8925.9525

Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
17, Jalan 6C/5, Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi

Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd
No. 62, Jln Raja Haroun
43000 Kajang

Pusat Perubatan Kajang Plaza Sdn. Bhd.
36A-C, Jalan Dato' P. Alagendra 2
Kajang Plaza
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.7077/6066
Faks: +6.03.8739.5055

KPJ Kajang Specialist Hospital
Batu 14, Jln. Cheras
43000 Kajang
Tel: +6.03.8769.2884
Faks: +6.03.8769.2831

Klinik Kerajaan Sekitar BBBangi

Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.5764

Klinik Desa Bangi Lama
43000 Kajang
Tel: +6.03.8920.2534

Klinik Desa Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang
Tel: +6.03.8926.3446

Klinik Desa Jenderam
43800 Dengkil
Tel: +6.03.8768.9868

Klinik Desa Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Tel: +6.03.8925.5809

Klinik Desa Sungai Ramal Luar
Jalan Mentri, 43000 Kajang

Klinik Pergigian Kerajaan Sekitar BBBangi

Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Klinik Pergigian Kajang
Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8734.0360

Klinik Pergigian Dengkil
43800 Dengkil
Tel/Faks: +6.03.8768.6355

Keselamatan / Keperluan Am BBBangi

Kecemasan
999

Pejabat DUN Bangi
+6.03.8925.0891

Talian Nur
1.5999

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
+6.03.8736.2222

Balai Polis BBBangi
+6.03.8925.0282

Balai Bomba BBBangi
+6.03.8925.4444

Syabas Perkhidmatan
+6.03.7781.4455

Syabas Aduan
1.800.88.5252

Syabas: Gangguan Bekalan Air
Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

Alam Flora
1.800.88.0880

TNB Aduan
1.5454

Indah Water Perkhidmatan
+6.03.2284.7828

Indah Water Pembayaran
1.800.88.3495

JKR Aduan Kerosakan
1.800.55.5004

MPKj Aduan
+6.03.8736.8017

Telekom Direktori
103

Telekom Aduan
100 atau
1.300.888.123

FEEDJIT Live Feed

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP