Wednesday, January 21, 2009

Murid Tabika turut prihatin nasib rakyat Palestin

Sinar Harian
21 Januari 2009
muka S22

BANDAR BARU BANGI -- Masih banyak organisasi mahupun individu yang giat menjalankan aktiviti kutipan dana bagi menghulurkan bantuan serta sumbangan kepada mangsa kekejaman Rejim Zionis di Palestin.
 

Sehubungan itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Tabika Perpaduan Daerah Hulu Langat turut tidak ketinggalan menganjurkan program "Tabung Kemanusiaan Untuk Gaza" dengan tujuan membantu kanak-kanak Palestin yang telah menjadi mangsa peperangan.

 

Penolong Pegawai Perpaduan Kanan Daerah Hulu Langat, Nazliza Mohd Nazrin (warga Seri Tanjung 2-3-6) berkata, "Program kali ini telah mendapat penyertaan menggalakkan daripada 28 tabika dengan kehadiran seramai 800 murid berusia lima hingga enam tahun serta 56 guru.


 

"Setiap murid telah menderma sebanyak RM1, manakala RM50 pula didermakan daripada setiap kelas. Malah ibu bapa dan juga tetamu yang hadir turut menghulurkan bantuan mereka dan jumlah kutipan mencecah hampir RM3,000," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program tersebut yang diadakan di Lobi Pejabat Daerah Hulu Langat, semalam.

 
Hasil kutipan tabung tersebut telah diserahkan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat kepada wakil Utusan Malaysia, Zuhayati Yazid dekat sini, semalam.
 

Menurut Nazliza, program ini juga merupakan salah satu sukatan mata pelajaran murid-murid melalui pendidikan moral di mana mereka akan lebih mudah untuk memahami apa yang dipelajarinya dengan mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.


 
Beliau turut menyatakan bahawa melalui program ini juga murid-murid ini dapat menunjukan keprihatinan mereka terhadap nasib rakan-rakan lain seusia walaupun berbeza negara.


 

Kanak-kanak Tabika Perpaduan turut bersimpati dengan nasib
yang menimpa rakyat Palestin dengan menghulurkan RM1 setiap
seorang.

Sunday, November 30, 2008

Menganyam & Merebus 2,000 Ketupat

Assalaamu'alaikum/Salam Sejahtera

Tuan/Puan yang dihormati,

Bersempena Hari Raya Korban 1429H ini, Jabatan Perpaduan Daerah Hulu Langat (Rukun Tetangga) akan mengadakan acara Menganyam Ketupat Terbanyak. Sebanyak 122 KRT adalah termasuk di dalam program ini.

Anda semua dipelawa untuk turut serta.

Aturcara:

  1. 3 Dis
    Daun kelapa akan diberikan kepada peserta & menganyam di rumah sendiri

  2. 5 Dis
    Sebelum 12 tengahari
    Tarikh/Masa akhir sarung dihantar kepada AJK Pertandingan

  3. 5 Dis
    Dari 5 petang
    Mengisi beras ke dalam sarung ketupat di Blok ST5

  4. 5 Dis
    Malam
    Merebus sebahagian dari ketupat tersebut di Blok ST5

  5. 6 Dis
    8pagi - 12tengahari
    Merebus ketupat di Pejabat Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi


  • Anda dipelawa untuk turut serta
  • Hadiah kepada peserta menganyam terbanyak
  • Apa juga jenis ketupat yang anda boleh
  • Rekod akan dicatit di dalam Malaysia Book of Records

Untuk pertanyaan dan borang penyertaan, sila hubungi AJK:

Seri Tanjung:
017.275.1393
013.678.0511



Seri Anggerik & Widuri
017.272.0586
019.618.3374

Anjuran
Jabatan Perpaduan
Daerah Hulu Langat

Majlis Ibadah Qurban 1429H

Surau Seri Tanjung akan mengelolakan ibadah qurban sempena Hari Raya Eidil Adha tahun ini pada 11 Disember 2008, bersamaan dengan 13 Dzulhijjah 1429H.

Tempat
Surau Seri Tanjung, Blok ST6

Tarikh
11 Disember 2008, Khamis

Qurban
1 ekor lembu

Masa
8:00 pagi

Pengagihan
11:30 pagi


Selamat Hari Raya Eidil Adha

Tuesday, October 28, 2008

Rumah Terbuka Perdana 2008 Meriah

Sambutan Rumah Terbuka Perdana Hari Raya Eidul Fitr dan Deepavali 2008 pada Ahad lalu adalah meriah, dengan anggaran pengunjung seramai 600 orang.

 
Walau bagaimanapun, apabila dibandingkan jumlah sebenar penduduk Seri Tanjung, Intana Ria, Seri Anggerik, dan Widuri, angka itu agak menyedihkan.
 
 
Namun upacara berjalan lancar dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr Shafei Abu Bakar, Ahli Majlis Perbandaran Kajang, merangkap Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk bagi Zon 21 yang merangkumi Seksyen 7, En. Mohamed Yusoff bin Bachek, dan Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Cik Siti Hawa Hussin.
 
Sedikit ucapan, menjamu selera, dan berkaraoke adalah sajian utama Majlis tersebut.
 

 

YB Dr Shafei sempat untuk memberi ucapan dan merasmikan Majlis sahaja, kerana beliau ada 20 lagi undangan yang perlu dihadiri. Namun begitu, kita di Seri Tanjung amat berbesar hati. Begitulah hidupnya seorang YB.

 

 
Rakaman wajah-wajah warga Pangsapuri Seksyen 7 boleh dinikmati di album kenangan di sini.

Monday, October 27, 2008

Kecurian Motorsikal di Seri Tanjung


Sebuah motorsikal didapati telah dicuri dari bawah blok ST6 malam tadi.

Jenama Yamaha Lagenda berwarna biru, nombor pendaftaran WPW 3476.

Sesiapa yang ada sebarang maklumat atau ternampak motorsikal tersebut, sila hubungi Polis Bandar Baru Bangi +6.03.8925.0282 atau telefon +6.012.200.4800 segera.

Terima kasih.

Pusat Perubatan Sekitar BBBangi

Hospital Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8736.1333
Faks: +6.03.8736.7527

Hospital Serdang
Jalan Puchong
43000 Kajang
Tel: +6.03.8747.5555
Faks: +6.03.8947.5210

Hospital Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Persint 7
62250 Putrajaya
Tel: +6.03.8312.4200
Faks: +6.03.8888.0137

Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.2615.5555
Faks: +6.03.2691.1681

Institut Perubatan Respiratori
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Tel: +6.03.4023.2966
Faks: +6.03.4021.8807

Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn. Bhd
No. 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8926.6060
Faks: +6.03.8926.6067

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah
No. 34, Medan Pusat Bandar 1 Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6 03 8925 2525
Faks: +6.03.8925.9525

Hospital Pusrawi SMC Sdn. Bhd.
17, Jalan 6C/5, Seksyen 16
43650 Bandar Baru Bangi

Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd
No. 62, Jln Raja Haroun
43000 Kajang

Pusat Perubatan Kajang Plaza Sdn. Bhd.
36A-C, Jalan Dato' P. Alagendra 2
Kajang Plaza
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.7077/6066
Faks: +6.03.8739.5055

KPJ Kajang Specialist Hospital
Batu 14, Jln. Cheras
43000 Kajang
Tel: +6.03.8769.2884
Faks: +6.03.8769.2831

Klinik Kerajaan Sekitar BBBangi

Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8739.5764

Klinik Desa Bangi Lama
43000 Kajang
Tel: +6.03.8920.2534

Klinik Desa Dato Abu Bakar Baginda
43000 Kajang
Tel: +6.03.8926.3446

Klinik Desa Jenderam
43800 Dengkil
Tel: +6.03.8768.9868

Klinik Desa Sungai Merab Luar
43000 Kajang
Tel: +6.03.8925.5809

Klinik Desa Sungai Ramal Luar
Jalan Mentri, 43000 Kajang

Klinik Pergigian Kerajaan Sekitar BBBangi

Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
Poliklinik Komuniti Bandar Baru Bangi
Persiaran Pekeliling, Seksyen 3
43650 Bandar Baru Bangi
Tel: +6.03.8925.8707
Faks: +6.03.8926.7072

Klinik Pergigian Kajang
Poliklinik Komuniti Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang
Tel: +6.03.8734.0360

Klinik Pergigian Dengkil
43800 Dengkil
Tel/Faks: +6.03.8768.6355

Keselamatan / Keperluan Am BBBangi

Kecemasan
999

Pejabat DUN Bangi
+6.03.8925.0891

Talian Nur
1.5999

Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
+6.03.8736.2222

Balai Polis BBBangi
+6.03.8925.0282

Balai Bomba BBBangi
+6.03.8925.4444

Syabas Perkhidmatan
+6.03.7781.4455

Syabas Aduan
1.800.88.5252

Syabas: Gangguan Bekalan Air
Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual

Alam Flora
1.800.88.0880

TNB Aduan
1.5454

Indah Water Perkhidmatan
+6.03.2284.7828

Indah Water Pembayaran
1.800.88.3495

JKR Aduan Kerosakan
1.800.55.5004

MPKj Aduan
+6.03.8736.8017

Telekom Direktori
103

Telekom Aduan
100 atau
1.300.888.123

FEEDJIT Live Feed

  © Blogger template 'Tranquility' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP